Beli 2 tayar baru sahaja, letak belakang atau depan?

Sekarang ini, ramai customer yang beli 2 tayar baru sahaja sementara tunggu lagi 2 tu abis bunga. Bila customer telepon AR, kita cakap kat customer yang tayar baru tu letak kat gandar belakang. Selalunya customer cakap, bukan ker kena letak depan sebab nak brek makan gitu.

Sebenarnya, memang kena letak tayar baru kat belakang sebab tayar belakang yang selalu hilang grip masa jalan basah dan sedang membelok. Tak kisah samada kereta tu Front Wheel Drive, Rear Wheel Drive atau 4 wheel drive. Kalau kereta no wheel drive, tak payah tayar langsung pun boleh.. hehehehe..

Kalau tak caya, meh sini tengok video ni dari depa yang terer pasal benda ni..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *