Berapa angin nak isi dalam tayar ni?

Itu hari AR tengok ada makcik kat Petronas tengah nak pam angin tayar keretanya.. Makcik tu macam blur jer tengok meter kat pam tu.. Lepas makcik tu berlalu, AR pun bawak kereta nak pam angin gak.. Punyalah terkejut sebab meter kat pam angin tu menunjukkan 300 kPa.. Agaknya makcik tu dah pam 300 kPa kat Kancil dia la kot… Mesti terasa semua batu atas jalan masa drive tu..

So, hari ini, AR nak habak kat y’all berapa angin nak isi dalam tayar kereta sendiri. Pada setiap kereta, ada sticker kat frame pintu driver yang menunjukkan pressure angin yang sepatutnya. Cuba y’all tengok dua gambar ni.

 

Lain kereta, lain pressure yang diperlukan. Jadi y’all boleh isi angin mengikut yang tertera kat sticker ni… Contohnya, untuk kereta putih ni 200 kPa dan untuk kereta merah 220 kPA. Senang kan…

Tapi y’all kena tahu, pressure ini masa tayar sejuk iaitu baru berjalan kurang dari 5km.. Kalau lebih 5km, tayar dah panas dan pressure akan naik. Selalu AR tambah lagi 15kPa kalau pam masa tayar dah panas…

Tapi apa pentingnya pressure tayar yang betul ni? Satu, tayar kita akan makan sekata. Dua, penggunaan petrol akan berkurangan. Tiga, tayar akan mencengkam. Empat, pemanduan menjadi lebih selesa.

Selamat memandu semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *