Yall tahu cara check minyak enjin tak?

Itu hari, sedang AR jalan-jalan cari makan kat area Sungai Buloh, tengok ada akak tengah menung tepi jalan dekat kereta Proton Gen2 nya.. AR stop kejap tanya dia kalau dia perlukan bantuan.. Dia cakap kereta dia tetiba mati enjin..

Bila AR pergi depan kereta dia, bau hangit menusuk hidung macam bau enjin panas melampau.. AR suspect kereta akak tu jem sebab minyak hitam dah abis.. Bila tengok dalam engine bay pun, nampak kesan minyak enjin meleleh..

Tak boleh nak tolong akak tu apa-apa kecuali suruh dia panggil tow truck. So, hari ini AR letak video youtube ni mengenai cara check level minyak hitam dalam kereta yall.. Semoga yall tak jadi macam akak tu juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *