Mesti compare insurance sebelum beli..

Hello yall semua.. Apa kabar? Harap2 semuanya sehat belaka dan sedang berkerja dengan sepenuh hati di pagi Isnin yang suram ni.. Hehehehe..

Hari ini, AR nak cerita sikit pasal beli insuran kereta.. Yall tahu kan, lepas 01 July 2017 itu hari, kadar insuran kereta dah dibebaskan dari tariff.. Jika sebelum ini, kadar insuran adalah sama sahaja dari mana2 kompeni, sekarang ini, kadar insuran tu boleh ditetapkan sendiri oleh insuran kompeni tu.. Jadi, setiap kompeni boleh set sendiri mengikut risiko pemandu, lokasi, komponen kereta dan lain2 faktor.. Kenapa gomen buat camni, itu nanti AR google dan letakkan kat writeup lepas ni ok…

Jadi, dengan de-tariffication ini, yall kena buat homework dulu sebelum beli insurance kereta ok… Sebab setiap kompeni akan bagi kadar yang berbeza.. Tak caya? Cer tengok bawah ni..

AR tengah cari insuran kereta untuk kereta opis ni.. Kereta ini 2010 Perodua Viva 850MT.. Register bawah nama director perempuan yang dah 40+.. Tiada claim dalam 2 tahun ini.. Market value dalam RM12K kalau ikut mudah.my…

Kat bawah ni, kadar insuran yang AR dapat dari website insuran kompeni sendiri.. Macam banyak bezanya kan.. Nombor digenapkan ke RM terdekat untuk jimat ruang)

Item  Axa Affin  Kurnia Takaful Malaysia  Berjaya Sompo  Ikhlas  RHB  Zurich  AIG  (15K)  Etiqa (13K)
Base Rate 560   616  588  616   560 559 559      560   676
NCD (30%) 168   185 176  185 168   168 168 168 203
Gross Amount  392 431     412 431 392 391 391    392     473
Discount     39    43     47
After Discount   353     431  412 388 392   391 391   392 426
GST (6%)     21    26    25  23      24    23         23    24       26
Stamp Duty   10      10   10     10    10    10     10  10    10
Net Amount   384 467 447  421 426  424   425   426 462

Yang paling murah ialah AXA Affin yang nak charge RM384 manakala yang paling mahal ialah Kurnia Insurance sebanyak RM467.. Banyak beza RM83 tu, boleh buat makan satay kat Kajang naik MRT..

Tapi yang mengarutnya ialah AIG dan Etiqa sebab depa nak coverage yang lebih tinggi.. AIG nak minimum RM15K manakala Etiqa nak RM13K padahal dulu boss beli Viva ni pun baru RM12.5K 4 tahun lepas…

Jadi, yall kena buat homework sikit sebelum renew insurance sebab memang boleh jimat duit kalau rajin sikit.. Sementara tengok Nasi Tak Dingin, Pinggan Tak Retak tu yall boleh key in info kat website depa nak tengok rate insuran ok…

Jumpa lagi di nota yang akan datang hokeyyyyy….

p/s… Tetiba teringin nak makan Ayam Mee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *