Betulker boleh dapat insuran lebih murah lepas detariff ni?

Minggu lepas, AR dah letak perbandingan harga insuran untuk kereta office kami. Ternyata selepas detariffication pada 31 Jul 2017 itu hari, setiap insuran kompeni boleh memberikan kadar yang berbeza (walaupun ada yang sama) mengikut risiko yang perlu ditanggung.

Menurut Bank Negara dan PIAM, kadar insuran akan mengambil kira faktor seperti

  1. Umur Pemandu
    • Pemandu lebih muda akan dikenakan kadar yang lebih tinggi kerana lebih tinggi risiko kemalangan
  2. Claim terdahulu
    • Pemandu yang banyak claim akan dikenakan kadar yang lebh tinggi
  3. Lokasi
    • Kawasan bandar akan dikenakan kadar yang lebih tinggi kerana risiko kecurian dan kemalangan lebih tinggi dari luar bandar
  4. Safety Equipment kereta
    • Kereta yang mempunyai ciri2 keselamatan seperti ABS dan Airbag akan dikenakan kadar yang lebih rendah berbanding kereta tanpa ciri2 tersebut

Ok.. Jadi AR ingin menunjukkan perbezaan kadar insuran untuk kereta office iaitu Perodua Viva 850Ex Manual tahun 2010. Perbandingan kali ini hanya menunjukkan perbezaan kadar insuran pada tahun lepas (sebelum detariff) dan tahun ini (selepas detariff) dengan variable yang sama. Kereta yang sama, tuan yang sama, insured value yang lebih rendah dan kompeni Etiqa yang sama..

 Before Detariff (Tahun Lepas)  After Detariff (Tahun Ini)
Insured Value  RM14K   13K 
Basic Premium                611.80                676.60
Non Claim Discount 25% 30%
Basic Premium After NCB                152.95                202.98
Gross Premium Final                458.85                473.62
Discount                  45.89                  47.36
Premium After Discount                412.97                426.25
GST                  24.78                  25.58
Stamp Duty                  10.00                  10.00
Premium After GST                447.74                461.83

Dari jadual diatas, kadar yang kami bayar selepas detariff adalah RM461.83 yang lebih tinggi dari sebelum detariff sebanyak RM447.74.

Selepas membuat kajian lebih lanjut, terdapat berapa perubahan yang ketara iaitu kadar NCD dan insured value yang lebih rendah tahun ini. Jika kita melihat Basic Premium sahaja, nampak kadar selepas tariff adalah jauh lebih tinggi berbanding sebelum tariff. Dalam kes ini, Basic Premium untuk RM14K adalah RM611.80 untuk tahun lepas manakala untuk RM13K adalah RM676.60 untuk tahun ini selepas detariff.

Nampaknya detariff ini tidak membawa pengurangan kepada kadar insuran kereta ini. AR berasa agak hairan kerana sepatutnya insuran untuk kereta ini sepatutnya lebih rendah selepas detariff kerana risikonya lebih rendah dari average.

Jadi, AR cadangkan agar yall semua membuat homework sebelum memperbaharui insurance kereta kerana terdapat perbezaan yang ketara selepas detariff ini..

Jumpa lagi di masa akan datang..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *