Yall mesti pernah terlupa renew lesen dan road tax kan?

Itu hari kawan AR kena tahan polis masa road block.. Dia relak jer sebab semuanya dia confident ok.. Tapi abam traffic sound dia “ehh.. encik punya lesen ni dah mati minggu lepas dah”.. Terus dia terkejut sebab dia pun tak ingat lesen dia dah mati sama masa dengan birthday dia bulan lepas.. Dia cakap ingat tahun depan baru lesen tamat.. Tapi mungkin sebab kawan AR ni muka pakcik-pakcik gitu, abam traffic bagi lepas dan suruh pergi renew lesen masa tu jugak kat pejabat pos…

Jadi kalau yall pun malas nak ingatkan bila lesen dengan roadtax yall tamat tempoh, yall boleh register kat https://mytayar.com dan key in tarikh tu dalam profile yall.. Nanti bila tarikh tu nak sampai, website hantar yall email remind kata lesen dah tamat tempoh dah.. Senangkan.. Jangan risau, takde charge pun dikenakan.. Free jer gitu.. Amacam, ok tak?

Ok.. Itu jer pesanan untuk minggu ni.. Jumpa lagi di post yang akan datang..

Yall suka kumpul loyalty points tak?

Hello yall.. apa kabar semua.. AR harap yall semua sihat-sihat dan berada didalam keadaan yang baik-baik..

Hari ini AR nak cerita pasal kumpul loyalty points.. Yall mesti tahu kan, ada kedai macam Tesco, Aeon, Petronas etc yang akan bagi points kat yall kalau beli dari derang tu.. Points tu pulak yall boleh simpan dan tebus untuk dapatkan barangan percuma macam topi ker, baju ker, ice cream ker dan sebagainya.

Cuba yall tengok kad loyalty points yang ada dalam kereta opis kitaorang.. Kalau isi minyak mana-mana pun, akan dapat point gitu.. Tu pun boss dah kasi ikat dengan carabiner satu supaya tak berterabur dalam kereta..

Baru-baru ini opis kitaorang dah signup dengan AXXESS dan yall boleh dapat point bila beli tayar melalui https://mytayar.com..

Yall pun boleh gunakan kad AXXESS ni dan dapatkan points ni bila yall pergi shopping kat Giant dan Guardian… Dengarnya depa ni akan dapatkan lagi banyak kedai untuk join depa ni so yall boleh dapat points bila beli barang2 kat banyak kedai…

Menurut depa ni, yall boleh tukar points tu untuk dapatkan hospitalization insurance coverage dan kurangkan premium insuran kereta yall…

Kalau yall jenis suka pergi pergi Giant untuk beli barang, AR cadangkan yall pergi dapatkan kad AXXESS ni disana atau beli online kat https://app.axxess.com.my/index.php/register.html

Selamat bershopping yall semua…

 

Berbaloi tak kalau nak berjimat sangat masa beli tayar?

Hello semua… Nampaknya dah 2 minggu berlalu sejak post AR yang lepas. Agak busy sikit minggu lepas dengan perayaan hari raya dan menonton acara Sukan SEA di television..

Minggu ini AR nak yall tengok video dari tyrereviews.co.uk mengenai perbezaan performance diantara tayar premium dan tayar budget. AR tahu sekarang ni ramai yang pakai kereta power tapi bila time nak tukar tayar, semuanya call cari yang paling murah. Pernah nampak sekali kat fb satu kedai tayar yang satu kereta Meserati Ghibli pakai tayar cap Falken.

Sifoo kereta AR selalu cakap, dua benda yang tak boleh budget sangat pasal kereta ni ialah brek dan tayar.. Kalu dua benda ni fail, kereta memang tak boleh berhenti.. Lain benda fail, kereta sure berhenti punya.. Tak caya cuba test..

So, kali ini kita tengok samada berbaloitak kalau nak berjimat sangat masa beli tayar ni..

Macam yall tengok kat video ni, tak berbaloi wey kalu budget sangat hokey. Baik beli tayar yang ok sikit untuk kereta yall.. Nyawa keluarga dan sendiri tu yang perlu dijaga.

Ok.. Dah dah.. AR nak pergi makan burger buat dengan daging korban dah ni.. Jumpa lagi…

Betulker boleh dapat insuran lebih murah lepas detariff ni?

Minggu lepas, AR dah letak perbandingan harga insuran untuk kereta office kami. Ternyata selepas detariffication pada 31 Jul 2017 itu hari, setiap insuran kompeni boleh memberikan kadar yang berbeza (walaupun ada yang sama) mengikut risiko yang perlu ditanggung.

Menurut Bank Negara dan PIAM, kadar insuran akan mengambil kira faktor seperti

  1. Umur Pemandu
    • Pemandu lebih muda akan dikenakan kadar yang lebih tinggi kerana lebih tinggi risiko kemalangan
  2. Claim terdahulu
    • Pemandu yang banyak claim akan dikenakan kadar yang lebh tinggi
  3. Lokasi
    • Kawasan bandar akan dikenakan kadar yang lebih tinggi kerana risiko kecurian dan kemalangan lebih tinggi dari luar bandar
  4. Safety Equipment kereta
    • Kereta yang mempunyai ciri2 keselamatan seperti ABS dan Airbag akan dikenakan kadar yang lebih rendah berbanding kereta tanpa ciri2 tersebut

Ok.. Jadi AR ingin menunjukkan perbezaan kadar insuran untuk kereta office iaitu Perodua Viva 850Ex Manual tahun 2010. Perbandingan kali ini hanya menunjukkan perbezaan kadar insuran pada tahun lepas (sebelum detariff) dan tahun ini (selepas detariff) dengan variable yang sama. Kereta yang sama, tuan yang sama, insured value yang lebih rendah dan kompeni Etiqa yang sama..

 Before Detariff (Tahun Lepas)  After Detariff (Tahun Ini)
Insured Value  RM14K   13K 
Basic Premium                611.80                676.60
Non Claim Discount 25% 30%
Basic Premium After NCB                152.95                202.98
Gross Premium Final                458.85                473.62
Discount                  45.89                  47.36
Premium After Discount                412.97                426.25
GST                  24.78                  25.58
Stamp Duty                  10.00                  10.00
Premium After GST                447.74                461.83

Dari jadual diatas, kadar yang kami bayar selepas detariff adalah RM461.83 yang lebih tinggi dari sebelum detariff sebanyak RM447.74.

Selepas membuat kajian lebih lanjut, terdapat berapa perubahan yang ketara iaitu kadar NCD dan insured value yang lebih rendah tahun ini. Jika kita melihat Basic Premium sahaja, nampak kadar selepas tariff adalah jauh lebih tinggi berbanding sebelum tariff. Dalam kes ini, Basic Premium untuk RM14K adalah RM611.80 untuk tahun lepas manakala untuk RM13K adalah RM676.60 untuk tahun ini selepas detariff.

Nampaknya detariff ini tidak membawa pengurangan kepada kadar insuran kereta ini. AR berasa agak hairan kerana sepatutnya insuran untuk kereta ini sepatutnya lebih rendah selepas detariff kerana risikonya lebih rendah dari average.

Jadi, AR cadangkan agar yall semua membuat homework sebelum memperbaharui insurance kereta kerana terdapat perbezaan yang ketara selepas detariff ini..

Jumpa lagi di masa akan datang..

 

Mesti compare insurance sebelum beli..

Hello yall semua.. Apa kabar? Harap2 semuanya sehat belaka dan sedang berkerja dengan sepenuh hati di pagi Isnin yang suram ni.. Hehehehe..

Hari ini, AR nak cerita sikit pasal beli insuran kereta.. Yall tahu kan, lepas 01 July 2017 itu hari, kadar insuran kereta dah dibebaskan dari tariff.. Jika sebelum ini, kadar insuran adalah sama sahaja dari mana2 kompeni, sekarang ini, kadar insuran tu boleh ditetapkan sendiri oleh insuran kompeni tu.. Jadi, setiap kompeni boleh set sendiri mengikut risiko pemandu, lokasi, komponen kereta dan lain2 faktor.. Kenapa gomen buat camni, itu nanti AR google dan letakkan kat writeup lepas ni ok…

Jadi, dengan de-tariffication ini, yall kena buat homework dulu sebelum beli insurance kereta ok… Sebab setiap kompeni akan bagi kadar yang berbeza.. Tak caya? Cer tengok bawah ni..

AR tengah cari insuran kereta untuk kereta opis ni.. Kereta ini 2010 Perodua Viva 850MT.. Register bawah nama director perempuan yang dah 40+.. Tiada claim dalam 2 tahun ini.. Market value dalam RM12K kalau ikut mudah.my…

Kat bawah ni, kadar insuran yang AR dapat dari website insuran kompeni sendiri.. Macam banyak bezanya kan.. Nombor digenapkan ke RM terdekat untuk jimat ruang)

Item  Axa Affin  Kurnia Takaful Malaysia  Berjaya Sompo  Ikhlas  RHB  Zurich  AIG  (15K)  Etiqa (13K)
Base Rate 560   616  588  616   560 559 559      560   676
NCD (30%) 168   185 176  185 168   168 168 168 203
Gross Amount  392 431     412 431 392 391 391    392     473
Discount     39    43     47
After Discount   353     431  412 388 392   391 391   392 426
GST (6%)     21    26    25  23      24    23         23    24       26
Stamp Duty   10      10   10     10    10    10     10  10    10
Net Amount   384 467 447  421 426  424   425   426 462

Yang paling murah ialah AXA Affin yang nak charge RM384 manakala yang paling mahal ialah Kurnia Insurance sebanyak RM467.. Banyak beza RM83 tu, boleh buat makan satay kat Kajang naik MRT..

Tapi yang mengarutnya ialah AIG dan Etiqa sebab depa nak coverage yang lebih tinggi.. AIG nak minimum RM15K manakala Etiqa nak RM13K padahal dulu boss beli Viva ni pun baru RM12.5K 4 tahun lepas…

Jadi, yall kena buat homework sikit sebelum renew insurance sebab memang boleh jimat duit kalau rajin sikit.. Sementara tengok Nasi Tak Dingin, Pinggan Tak Retak tu yall boleh key in info kat website depa nak tengok rate insuran ok…

Jumpa lagi di nota yang akan datang hokeyyyyy….

p/s… Tetiba teringin nak makan Ayam Mee

 

Yall ada terbaca artikel yang ini tak?

Hi yall… Apa khabar semua.. AR harap yall semua sihat sentiasa dan dah recover dari demam beraya dan open house.. Nampaknya ada yang seluar raya itu hari dah tak muat dah tu… hehehehe..

Sebenarnya AR kurang idea sikit seminggu dua ni nak tulis pasal kereta… Tapi dah jadi job pulak kan.. So kenalah tulis sikit otherwise boss bising plak..

AR dah jumpa satu blog nama http://driving-school.com.my yang sangat menarik. Ianya dah bermula sejak 2009 dan banyak bercakap mengenai lesen memandu dan hal-hal berkaitan…

AR pun suka blog tu sebab itu hari depa ada tulis pasal https://mytayar.com gitu.. Kalau yall nak baca, cer terjah kat sini…

Senarai Harga Tayar Kereta 2017 Untuk Semua Model Kereta

 

Pernah dengar pasal teksi wanita untuk wanita?

Ni AR nak info sama y’all ni.. y’all mesti dah biasa pasal perkhidmatan uber dan grab kan sebagai alternatif kepada teksi kat Kolumpo ni. Rupanya ada perkhidmatan ala2 Uber yang AR baru tahu yang mana semua pemandunya adalah wanita. Dan mereka hanya menyediakan perkhidmatan untuk wanita sahaja.

Bagus juga perkhidmatan ini sebab ianya akan memberikan lebih keselamatan dan keselesaan kaum wanita. AR pun pernah naik grab yang drivernya hanya memakai seluar pendek menunjukkan kakinya yang berbulu. Serious seriau.

Kalu y’all nak try depa ni, y’all pergi ke http://ridingpink.com dan nanti bagi feedback sini. AR pun tak boleh nak try service depa ni..

 

Tanpa Rela, Aku Terpaksa

Hi yall.. Ahmad Radhi sini.. Panggil jer AR.

Sebenarnya, boss dah lama suruh kita orang buat blog pasal kereta letak kat website ni. Tapi kita orang buat derk jer sebab bukannya apa, kita orang ni bukannya mekanik kereta ker apa. Karang cerita pasal kereta ker tayar ker, kot salah siapa yang malu?? Boss jugak kan..

Tapi apakan daya, boss paksa AR gak.. So kita try jer la.. Mana tahu kot kot AR boleh bagi yall semua paham sikit-sikit pasal kereta ni.. Dulu AR pun blur gak pasal kereta ni.. Tapi sekarang paham lah sikit-sikit.. Takat sembang untuk elakkan kena tipu cukup la.. Harap yall pun pun boleh belajar serba sedikit dari blog ini pelan-pelan.

Tapi yall jangan tanya soalan technical sama AR.. Tu yall pergi tanya mekanik terus.. Hehehehehe…

Jumpa lagi dalam next post ok….