Beli 2 tayar baru sahaja, letak belakang atau depan?

Sekarang ini, ramai customer yang beli 2 tayar baru sahaja sementara tunggu lagi 2 tu abis bunga. Bila customer telepon AR, kita cakap kat customer yang tayar baru tu letak kat gandar belakang. Selalunya customer cakap, bukan ker kena letak depan sebab nak brek makan gitu.

Sebenarnya, memang kena letak tayar baru kat belakang sebab tayar belakang yang selalu hilang grip masa jalan basah dan sedang membelok. Tak kisah samada kereta tu Front Wheel Drive, Rear Wheel Drive atau 4 wheel drive. Kalau kereta no wheel drive, tak payah tayar langsung pun boleh.. hehehehe..

Kalau tak caya, meh sini tengok video ni dari depa yang terer pasal benda ni..

 

Tanpa Rela, Aku Terpaksa

Hi yall.. Ahmad Radhi sini.. Panggil jer AR.

Sebenarnya, boss dah lama suruh kita orang buat blog pasal kereta letak kat website ni. Tapi kita orang buat derk jer sebab bukannya apa, kita orang ni bukannya mekanik kereta ker apa. Karang cerita pasal kereta ker tayar ker, kot salah siapa yang malu?? Boss jugak kan..

Tapi apakan daya, boss paksa AR gak.. So kita try jer la.. Mana tahu kot kot AR boleh bagi yall semua paham sikit-sikit pasal kereta ni.. Dulu AR pun blur gak pasal kereta ni.. Tapi sekarang paham lah sikit-sikit.. Takat sembang untuk elakkan kena tipu cukup la.. Harap yall pun pun boleh belajar serba sedikit dari blog ini pelan-pelan.

Tapi yall jangan tanya soalan technical sama AR.. Tu yall pergi tanya mekanik terus.. Hehehehehe…

Jumpa lagi dalam next post ok….