Betulker boleh jimat minyak bila pakai gadget2 tu?

Yall mesti tahu hari ini hari apa kan.. Kan kan… Kalau yall lupa, hari ini hari Rabu dan sikit lagi akan keluar pengumuman harga minyak untuk minggu ini.. Tahu pun…

Sejak harga minyak naik ni, AR tengok ramai betul peniaga kat facebook ngan instagram dok jual benda gadget2 yang mengikut mereka boleh menjimatkan penggunaan minyak kereta kita.. Mengikut kata depa yang menjual ni, bukan sahaja boleh jimat minyak, kereta pun boleh jadi lagi power gitu..

So, AR dok google tadi cari info.. Betulker kita boleh jimat minyak dengan hanya letak gadget yang depa jual tu..

Last-last AR jumpa video dari Fifth Gear ni yang cerita pasal benda ni.. Fifth Gear ni kan rancangan UK sana pasal kereta.. Jadi rasanya depa ni ada credibility nak sembang pasal benda cenggini..

Cuba yall tengok video ni…

Yall suka kumpul loyalty points tak?

Hello yall.. apa kabar semua.. AR harap yall semua sihat-sihat dan berada didalam keadaan yang baik-baik..

Hari ini AR nak cerita pasal kumpul loyalty points.. Yall mesti tahu kan, ada kedai macam Tesco, Aeon, Petronas etc yang akan bagi points kat yall kalau beli dari derang tu.. Points tu pulak yall boleh simpan dan tebus untuk dapatkan barangan percuma macam topi ker, baju ker, ice cream ker dan sebagainya.

Cuba yall tengok kad loyalty points yang ada dalam kereta opis kitaorang.. Kalau isi minyak mana-mana pun, akan dapat point gitu.. Tu pun boss dah kasi ikat dengan carabiner satu supaya tak berterabur dalam kereta..

Baru-baru ini opis kitaorang dah signup dengan AXXESS dan yall boleh dapat point bila beli tayar melalui https://mytayar.com..

Yall pun boleh gunakan kad AXXESS ni dan dapatkan points ni bila yall pergi shopping kat Giant dan Guardian… Dengarnya depa ni akan dapatkan lagi banyak kedai untuk join depa ni so yall boleh dapat points bila beli barang2 kat banyak kedai…

Menurut depa ni, yall boleh tukar points tu untuk dapatkan hospitalization insurance coverage dan kurangkan premium insuran kereta yall…

Kalau yall jenis suka pergi pergi Giant untuk beli barang, AR cadangkan yall pergi dapatkan kad AXXESS ni disana atau beli online kat https://app.axxess.com.my/index.php/register.html

Selamat bershopping yall semua…

 

Yall ada terbaca artikel yang ini tak?

Hi yall… Apa khabar semua.. AR harap yall semua sihat sentiasa dan dah recover dari demam beraya dan open house.. Nampaknya ada yang seluar raya itu hari dah tak muat dah tu… hehehehe..

Sebenarnya AR kurang idea sikit seminggu dua ni nak tulis pasal kereta… Tapi dah jadi job pulak kan.. So kenalah tulis sikit otherwise boss bising plak..

AR dah jumpa satu blog nama http://driving-school.com.my yang sangat menarik. Ianya dah bermula sejak 2009 dan banyak bercakap mengenai lesen memandu dan hal-hal berkaitan…

AR pun suka blog tu sebab itu hari depa ada tulis pasal https://mytayar.com gitu.. Kalau yall nak baca, cer terjah kat sini…

Senarai Harga Tayar Kereta 2017 Untuk Semua Model Kereta

 

Berapa angin nak isi dalam tayar ni?

Itu hari AR tengok ada makcik kat Petronas tengah nak pam angin tayar keretanya.. Makcik tu macam blur jer tengok meter kat pam tu.. Lepas makcik tu berlalu, AR pun bawak kereta nak pam angin gak.. Punyalah terkejut sebab meter kat pam angin tu menunjukkan 300 kPa.. Agaknya makcik tu dah pam 300 kPa kat Kancil dia la kot… Mesti terasa semua batu atas jalan masa drive tu..

So, hari ini, AR nak habak kat y’all berapa angin nak isi dalam tayar kereta sendiri. Pada setiap kereta, ada sticker kat frame pintu driver yang menunjukkan pressure angin yang sepatutnya. Cuba y’all tengok dua gambar ni.

 

Lain kereta, lain pressure yang diperlukan. Jadi y’all boleh isi angin mengikut yang tertera kat sticker ni… Contohnya, untuk kereta putih ni 200 kPa dan untuk kereta merah 220 kPA. Senang kan…

Tapi y’all kena tahu, pressure ini masa tayar sejuk iaitu baru berjalan kurang dari 5km.. Kalau lebih 5km, tayar dah panas dan pressure akan naik. Selalu AR tambah lagi 15kPa kalau pam masa tayar dah panas…

Tapi apa pentingnya pressure tayar yang betul ni? Satu, tayar kita akan makan sekata. Dua, penggunaan petrol akan berkurangan. Tiga, tayar akan mencengkam. Empat, pemanduan menjadi lebih selesa.

Selamat memandu semua…

Beli 2 tayar baru sahaja, letak belakang atau depan?

Sekarang ini, ramai customer yang beli 2 tayar baru sahaja sementara tunggu lagi 2 tu abis bunga. Bila customer telepon AR, kita cakap kat customer yang tayar baru tu letak kat gandar belakang. Selalunya customer cakap, bukan ker kena letak depan sebab nak brek makan gitu.

Sebenarnya, memang kena letak tayar baru kat belakang sebab tayar belakang yang selalu hilang grip masa jalan basah dan sedang membelok. Tak kisah samada kereta tu Front Wheel Drive, Rear Wheel Drive atau 4 wheel drive. Kalau kereta no wheel drive, tak payah tayar langsung pun boleh.. hehehehe..

Kalau tak caya, meh sini tengok video ni dari depa yang terer pasal benda ni..

 

Tanpa Rela, Aku Terpaksa

Hi yall.. Ahmad Radhi sini.. Panggil jer AR.

Sebenarnya, boss dah lama suruh kita orang buat blog pasal kereta letak kat website ni. Tapi kita orang buat derk jer sebab bukannya apa, kita orang ni bukannya mekanik kereta ker apa. Karang cerita pasal kereta ker tayar ker, kot salah siapa yang malu?? Boss jugak kan..

Tapi apakan daya, boss paksa AR gak.. So kita try jer la.. Mana tahu kot kot AR boleh bagi yall semua paham sikit-sikit pasal kereta ni.. Dulu AR pun blur gak pasal kereta ni.. Tapi sekarang paham lah sikit-sikit.. Takat sembang untuk elakkan kena tipu cukup la.. Harap yall pun pun boleh belajar serba sedikit dari blog ini pelan-pelan.

Tapi yall jangan tanya soalan technical sama AR.. Tu yall pergi tanya mekanik terus.. Hehehehehe…

Jumpa lagi dalam next post ok….