9 Tips untuk memandu jauh pulang beraya

Hello semua… Bulan Ramadan ni dah hampir penghujungnya… Dalam 10 hari nanti, rasanya ramai orang yang akan pulang beraya kekampung.. Dan yang tidak menyambut hari raya, pastinya akan bercuti keluar bandar kerana cuti sekolah pun panjang kan.

Hari ini, AR akan cuba berikan 9 tips pendek untuk yall ikuti semasa memandu jauh untuk pulang beraya.

1. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup sebelum memandu

Yall mesti pastikan tenaga anda semua penuh sebelum memulakan pemanduan yang jauh. Dibulan puasa ini, badan kita akan merasa lesu dan tidak bermaya, bukan. Jadi, tentukan anda mendapat tidur yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 malam sebelum memulakan pemanduan. Elakkan memandu ketika jam 1am – 3am kerana selalunya kita akan merasa mengantuk ketika itu.

2. Pastikan ada makanan dan minuman didalam kereta

Seperti yang kita ketahui, kadang-kadang perjalanan yang selalunya mengambil masa 2 jam mungkin berlarutan hingga 10 jam kerana kesesakan jalanraya semasa pulang kekampung. Sekiranya anda terperangkap didalam kesesakan, bolehlah anda mengambil makanan and minum apabila tiba waktu berbuka. Anda juga mungkin mempunyai anak-anak yang belum berpuasa yang memerlukan makanan dan minuman.

3. Pastikan anda mendapat air yang secukupnya

Apabila anda memandu ketika tidak berpuasa,  pastikan akan mendapat jumlah air yang mencukupi. Air yang secukupnya akan membuat anda lebih cergas dan alert ketika memandu.

4. Pastikan anda membuat perancangan untuk berhenti

Pastinya yall memerlukan tempat berhenti untuk melegakan otot dan untuk menggunakan tandas. Seperti yang diketahui semua, kesemua R&R and Rest Stop akan menjadi sangat sesak ketika waktu puncak perjalanan pulang kekampung dimusim perayaan. AR selalunya tidak berhenti di R&R kerana ianya sangat sesak dan tiada ruang parkir. AR akan keluar dari highway dan berhenti dibandar-bandar yang berdekatan.

5. Memandu dengan kedudukan yang selesa

Cara kedudukan secara memandu akan memberikan yall rasa yang selesa dan tidak memenatkan ketika memandu jarak jauh.

6. Hiburkan hati anda dan orang didalam kereta anda

Perjalananan yang jauh amat menjemukan bagi kanak-kanak tambahan lagi apabila terperangkap didalam kesesakan jalan raya. Pastikan yall membawa lagu2 kegemaran yall untuk menghiburkan hati ketika memandu. Bagi anak-anak, permainan kegemaran mereka boleh mengelakkan kejemuan mereka yang pastinya akan menambahkan kepenatan yall.

7. Pastikan yall mempunya data plan dan charger handphone

Dizaman sekarang ini, pastinya yall menggunakan waze dan googlemap untuk plan perjalanan anda. Application ini akan membantu yall membuat lencongan sekiranya terdapat kesesakan yang tidak dijangka.

8. Elakkan memandu diwaktu puncak

AR cadangkan yall untuk mengelakkan diri dari memandu ketika waktu puncak kerana kesesakan kerana kesesakan yang dialami. Yall boleh merujuk kepada website plus untuk mengetahui waktu saranan untuk memulakan perjalanan mengikut zone ataupun melihat waze sebelum memulakan perjalanan.

9. Pastikan kereta anda dalam keadaan yang baik

Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, yall patut hantar kereta anda untuk mendapatkan servis dan menggantikan parts yang sepatutnya. Walaupun jarak perjalanan kekampung adalah sama seperti masa yang lain, perjalanan kekampung semasa musim cuti hari raya adalah lebih berat kerana kesesakan jalanraya yang sering dialami. Sekiranya anda memerlukan tayar yang baru, yang lupa untuk ke website kami https://mytayar.com untuk membeli tayar pada harga yang sangat kompetitif.

Akhir kata, AR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada yall semua. Sekiranya AR ada melakukan kesilapan sebelum ini, AR ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan..

Beli tayar tapi kena charge extra sebab pakai credit card

Beberapa bulan yang lalu, AR ada mendengar rintihan pengguna yang mengadu mengena dikenakan debit/credit card surcharge apabila membeli komputer di Low Yatt.

Hal ini dah diketengahkan sehingga keperingkat atasan seperti yang dilaporkan oleh the Star disini.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/03/21/bank-negara-retailers-cant-impose-surcharges-for-payments-using-debit-cards/

Setahu AR selama ini, surcharge kad kredit ini selalunya dicaj oleh penjual komputer, handphone dan tayar. Menurut peniaga, caj ini dikenakan oleh mereka kerana harga yang mereka berikan adalah yang terendah dan tidak ada margin untuk menutup kos yang dikenakan oleh bank mereka apabila pengguna membayar menggunakan kad credit.

Mungkin anda juga tahu bahawa bagi komputer, handphone dan tayar, selalunya harga yang diberikan adalah jauh lagi rendah dari sticker price. Sebagai contoh, AR cadangkan anda pergi bertanya harga iPhone yang terbaru di kedai official store dan bandingkan harganya dengan yang diberikan di Low Yatt. Sudah pasti perbezaan harganya adalah jauh lebih besar dari jumlah surcharge kad kredit yang dikenakan oleh peniaga di Low Yatt.

Didalam laman https://mytayar.com, kami telah berterus terang bahawa harga yang diberikan adalah harga tunai dan sekiranya pengguna membayar dengan kad kredit, workshop boleh mengenakan caj kad kredit sekitar 4% dari nilai belian.

Akan tetapi, AR mendengar ada pengguna yang komen yang ada kedai tayar yang tidak mengenakan surcharge kad kredit. Antara nama yang selalu disebut adalah Lim Tayar, sebuah chain yang terkenal di Malaysia. Namun demikian, mungkin pengguna yang tidak tahu bahawa harga di Lim Tayar adalah sekitar 20% lebih mahal dari harga kami di https://mytayar.com.

Atas desakan pengguna, beberapa network workshops kami telah menaikkan harga tayar sekitar 3% kira-kira sebulan yang lalu. Dengan kenaikan ini, mereka tidak akan menuntut surcharge kad kredit dari pelanggan melalui https://mytayar.com lagi.

Malangnya, apa yang kami dapati adalah kira-kira 60% pembeli tayar membayar dengan tunai. Ini bermakna orang seperti AR yang suka menggunakan tunai akan membayar 3% lebih tinggi tanpa mendapat apa-apa faedah yang lain. Samada kita suka atau tidak, kos perniagaan akan dimasukkan kedalam harga barangan tanpa kita sedari.

Mungkin besok ada pengguna akan komplen di media sosial yang peniaga menaikkan harga sesuka hati dan sengaja menyusahkan pengguna.

Sebagai pengguna yang bijak, kita seharusnya pandai memilih dan juga membuat pengiraan.

Jumpa lagi dimasa yang akan datang.

 

Murah ker tayar di Klang tu?

Hello semua.. Demam PRU 14 nampaknya dah semakin surut.. Dan ramai dah mulai kembali kepada routine kehidupan sendiri tambahan lagi dengan bermulanya hari bekerja dan bersekolah hari ini. Jalan pun dah start jem semula kan..


Hari ini, AR nak ceritakan pengalaman bertanya harga tayar di Klang.. Sebenarnya AR dah pergi Klang kira-kira 2 minggu yang lepas.. Tetapi entry ini di lewatkan sedikit sebab mesti yall semua sibuk membaca blog-blog politik minggu lepas kan..

So, AR pergi area Bukit Tinggi, Klang untuk hal yang tidak berkaitan dengan mytayar.. Dah tiba disana, terasa nak test macamana rasanya shopping tayar dengan cara lama. Jadi AR cuba lihat sekeliling kawasan itu untuk mencari kedai tayar untuk bertanya harga.

Kedai yang pertama AR terjah ialah T**h yang sangat popular di Klang ni.. Mereka mempunyai beberapa cawangan disana. AR bertanyakan apakah harga tayar untuk Perodua Myvi 1.3L yang bersaiz 175/65R14… Mereka berkata yang mereka sedang mempromosikan tayar Toyo Nano Energy3 pada harga RM95 seunit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja) tetapi kuantiti adalah terhad. Harga ini setelah dicampur GST, rubber valve dan alignment akan menjadi sekitar RM115 seunit. Harga ini sangat menarik.

Tetapi ada seorang supervisor tiba-tiba cuba untuk convince AR untuk menukar saiz 185/60R14 yang lebih besar pada harga RM120 seunit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja). Beliau hanya menekan aspek ianya hanya RM5 lebih mahal..

AR bertanya harga untuk tayar Hankook kerana kedai i tersebut adalah pengedar tayar Hankook. Mereka kelihatan agak kurang berminat untuk memberi harga tetapi akhirnya memberikan harga Rm138 unit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja).. Herm.. Jauh lebih mahal dari website mytayar.com dimana kami menjualnya pada harga sekitar RM130 seunit untuk all inclusive pricing.

AR berkata akan datang semula kekedai mereka apabila sudah membuat perkiraan.

AR pergi kesebuah kedai bernama * One Tyre yang berwarna oren. AR bertanya soalan yang sama. Apakah harga untuk tayar 175/65R14 untuk Myvi.. Seorang mekanik berkata beliau mencadangkan tayar Falken pada harga RM125 seunit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja). Bila AR cuba menolak cadangan tayar tersebut dengan mengatakan tayar tersebut adalah bising dan tiada cengkaman, mekanik tersebut dengan nada menyindir berkata kesemua sebab itu adalah tidak berasas.. Never mind, AR sebenarnya hanya menduga cara mereka menjual…

Apabila AR kata tak mahu tayar Falken tersebut, mekanik itu berkata mereka sekarang sedang membuat promosi tayar. Mereka sedang menjual tayar Continental ContiComfort5 bersaiz 185/65R14 pada harga RM138 seunit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja). Ada 2 masalah yang dilihat atas cadangan tersebut..
a) Saiz 185/65R14 itu adalah jauh lebih besar dari tayar standard Myvi
b) Tayar Continental ContiComfort5 adalah model lama yang telah diganti dengan model yang lebih baru dan semestinya ianya sudah lama dikilangkan

AR beredar dari kedai tersebut meneruskan urusan yang lain..

  1. Dari pengalaman ini, ingin AR nyatakan pemerhatian yang berikut…
    Hard selling masih menjadi ikutan. Di kedai T**h, mereka cuba mendapatkan komitmen AR untuk membeli tayar Toyo tersebut dengan cepat. Mereka tergesa-gesa ingin check stock ditingkat atas dan menyimpannya untuk AR.
  2. Mereka akan mencuba menyakinkan pengguna untuk upgrade kepada tayar lain yang lebih mahal. Contohnya, di kedai T**h, mekanik tersebut cuba menyakinkan AR untuk membeli tayar 185/60R14 yang lebih mahal sebanyak RM5 walaupun ianya bukan saiz standard untuk Myvi
  3. Merendah-rendahkan pandangan pengguna adalah perkara biasa seperti terjadi di kedai * One.. Walaupun reviews mengatakan tayar Falken yang dicadangkan adalah bising dan kurang cengkaman, mekanik itu cuba mengatakan AR telah salah. Beliau mengatakan ianya adalah tayar yang sangat bagus dengan harapan akan membuat jualan kepada pengguna yang kurang arif.
  4. Cubaan menjual tayar model lama yang sudah lama dikilangkan apabila mekanik tersebut cuba menjual tayar Continental ContiComfort 5. Adalah menjadi kejutan apabila tayar itu juga adalah saiz yang tidak sesuai untuk kereta Myvi.
  5. Harga yang diberikan juga adalah hanya untuk tayar, balancing dan pemasangan. Walaupun harga yang disebutkan adalah nampak murah, apabila GST,kos valve dan aligment dimasukkan, ianya akan menjadi kejutan apabila pengguna hendak membayar.
  6. Harganya tidak lah murah seperti yang digembar-gemburkan. Setelah dibuat perbandingan setara, harga di mytayar.com pun ada yang lebih murah..

Ok lah… Jumpa lagi dimasa yang akan datang..

Facebook Login dan Data Privacy

Hello yall… Lama betul AR tak menulis di blog ini.. AR macam tetiba busy sangat pulak 2 bulan ini.. Ketandusan idea pun yer jugak…

Yall mesti pernah terbaca kes kebocoran data di facebook dalam kes Cambridge Analytica kan.. Sebenarnya, kalau yall perasan, facebook mempunyai banyak data mengenai yall.. Apa yall suka, mana yall pergi, sapa kawan yall… Ini semua facebook tahu sebab yall sendiri dengan rela hati menghupdate status kan.. Kawan yall yang takde facebook pun depa boleh tahu..

Anyway, nampaknya ada apps yang boleh access data yall ini.. Inilah yang terjadi dalam kes Cambridge Analytica ini yang mana mereka membuat iklan yang hanya bersangkutan pasal yall sahaja.. Ini semua power facebook yang ramai yang ambil tahu pun.. Salah satu cara facebook boleh tahu apa yall suka adalah dengan menggunakan data website yang menggunakan facebook login.. Contohnya, kalau yall guna akaun facebook untuk access mytayar.com, facebook pun tahu yall suka pasal kereta camtu…

Memandangkan perkara camni boleh berlaku, kami di mytayar.com merasakan facebook login ini akan membolehkan facebook access data yall tanpa disedari.. Dengan itu, kami telah menyahaktifkan facebook login di mytayar.com… Ok kan..

Ok berjumpa lagi dimasa akan datang…

Logo baru mytayar.com

Hello semua…

Hari ini AR nak info yall sebab tahu yall mesti tak perasan sangat pasal logo kitaorang ni.. Yelah kan, kita bukannya Neelofa atau Izreen Asminda yang tengah keboom kevass sekarang ini..

Just nak info yang kitaorang punya logo ada update sikit macam kat atas ni… Ada tambah gambar mekanik yang tembam comel ni.. Karakter mekanik ini dari salah seorang tokey kedai yang join mytayar.com ni.. Boss suka dia sebab dia ni macam handal pasal kereta dan pandai manage kedai.. Dalam beberapa tahun jer, dia dah ada cawangan kedai dia.. Tapi kita rahsiakan nama sebenar tokey ini dan kita bagi nama karakter ini “Uncle Crank”…

Tahu tak cranl tu apa??? Apa tu crank??? Macam crank shaft tu… tak tahu nanti google ok..

Kitaorang pun harap suatu hari nanti, mytayar.com ini akan menjadi success story seperti mana tokey kedai tu..

See yall next time..

mytayar.com kini di server yang lebih pantas..

Hello semua.. Bila tengok balik, sudah hampir 4 minggu masa berlalu sejak posting yang akhir..

Sejak beberapa bulan yang lepas, website kami mytayar.com selalu down. Kadang-kadang sampai berhari-hari hinggakan kami tak larat nak jawab kenapa website down.. Bila AR check dengan hosting company, depa kat depa kena DDOS attack.. Tak tahu la sapa punya site kena attack sebab kita masa tu guna shared hosting.. DDOS attack ni camna.. Hackers hantar traffic kat website tu sampai server tak boleh handle.. Bila server tak boleh handle, server akan crash..Bila server dah restart balik, hackers buat benda yang sama sampai server crash lagi… Tu sebab kadang-kadang website boleh down sampai berhari-hari..

Tapi masalahnya, website kita down, yall tak boleh cari tayar kan.. So, last week, kita orang buat decision untuk switch server kepada provider yang lain.. Kita try cloud hosting pulak kerana dia flexible boleh serve contents dari 3 servers yang berbeza.. Kalau satu server down, lagi 2 ready nak serve.. Kita orang ambik decision untuk beli plan yang power sikit supaya tiada masalah hardware bila yall berpusu-pusu nak beli tayar..

Ini dia spec server yang kita orang subscribe…

  • 6 CPU Cores
  • 6GB DDR4 RAM
  • Unlimited Bandwidth
  • Unlimited SSD Space
  • Unlimited Websites Hosted
  • Free Domain
  • Premium Support
  • Free cPanel
  • NGINX Web Server
  • WildCard SSL
  • Opcache
  • Memcache instance 256MB

Power tak? Errr.. Yall jangan tanya AR ok pasal spec tu sebab AR bukan paham sangat pun… Agaknya server mytayar.com macam dalam gambar atas tu kot…

Jumpa lagi dimasa yang akan datang.

Yall mai la datang booth kami di PJ Startup Festival 2018

Hello yall…. We all akan berada di Booth F3 di Dewan Sivik MBPJ dari 27 – 28 January 2018 sempena PJ StartUp Festival 2018 ini.

Apa benda PJ Startup Festival ni??? Ni AR copy paste apa yang depa tulis kat bawah ni..

Planning to start a business? Exploring a new business venture? Join us at PJ Startup Festival 2018! #PJStartupFestival2018

The PJ Startup Festival is a 2-day FREE Conference and Exhibition aimed to address the latest opportunities and challenges of new Business Startups in Selangor. We’ll be covering topics such as Fundraising, Idea Pitching, Experience Sharing & showcase, Digital Marketing, and many more!

Panels and highlights include:
– Insights on Bitcoin, Blockchain and other Cryptocurrencies. Is cryptocurrency a fad?
– The impact of Alibaba’s entrance into the Malaysian market: opportunities and challenges for Malaysian players
– A showcase of 50-80 exhibition booths from both private and government sector, that will help new Startups, Those in Planning, and Small & Middle Enterprises (SMEs).

For the children, we have Penang Techdome bringing many fun science activities and experiments for the children to enrich their minds!

The event is suitable for those Planning to Start their own Business, New Startups, Small & Mid Size Business Owners, and Students who wish to run their own business one day.

Note: This is a community service event organized by the Councillors of Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Admission is FREE.

Kita dapat courtesy booth dari Selangor Information Technology & Ecommerce Council (SITEC). SITEC ni apa benda nya pulak?? SITEC ini initiatif dari Kerajaan Selangor nak bantu usahawan dalam ecommerce ni.. Ada banyak insentif yang disediakan.. Nak belajar kursus pun banyak.. Kursus tu dah la free, depa bagi makan minum lagi.. Mana nak dapat wey.. Kalu sapa nak sewa untuk kerja pun ada.. Lokasi dia dekat I City, Seksyen 7 Shah Alam.. Betul2 kat dalam taman permainan tu, turun tangga jer boleh naik ride… Ni ha dia punya fb page… https://www.facebook.com/sitecmy

Jumpa nanti naaa….

Jimat ker kalau beli tayar ikut mytayar.com ni?

Hello semua… Hari ini AR bukan lah nak promote sangat website kita https://mytayar.com yang best malatop tahap ultraman gaban ni.. Tapi AR hanya nak letak perbandingan harga sikit untuk yall tengok sendiri…

Ramai jugak orang telepon kita tanya, mytayar.com punya harga ini jimat sangat ker berbanding kalau pergi kedai sendiri.. Nak senang cerita, kita punya harga lebih kurang 20% lagi murah dari kedai biasa.. Tak percaya, cuba yall tengok harga yang dinyatakan oleh sebuah rangkaian kedai tayar yang sangat popular di Malaysia ni…

Harga Terendah Kami * Harga Mereka % Perbezaan Harga Terendah Kami * Harga Mereka % Perbezaan
Size 175-70-13 (Iswara, Saga, Wira 13″) Size 195-65-15 (Exora, Wish)
Hankook H308 114.00 137.80 20.88% Hankook H308 194.00 227.90 17.47%
Viking CT5 115.00 143.10 24.43% Continental CC6 225.00 284.08 26.26%
Continental CC6 174.00 192.92 10.87% Michelin XM2 254.00 296.80 16.85%
Size 165-55-14 (Kenari, Kelisa, Viva 14″) Size 185-55-16 (City, Jazz 16″)
Viking CT5 128.00  164.30 28.36% Hankook H457 187.00 233.20 24.71%
Continental CC6 159.00 198.22 24.67% Continental UC6 275.00 273.48 -0.55%
Michelin XM2 300.00 286.20 -4.60%
Size 175-65-14 (Myvi, Bezza, Axia, Iriz) Size 205-55-16 (Preve)
Viking CT5 138.00 169.60 22.90% Hankook H457 234.00 280.90 20.04%
Continental CC6 165.00 196.10 18.85% Continental UC6  378.00 397.50 5.16%
Michelin XM2 188.00 233.20 24.04% Michelin XM2 417.00 418.70 0.41%
Size 185-60-14  (Iswara, Saga, Wira 14″) Size 205-60-16
Viking CT5 138.00 159.00 15.22% Interstate  NA 318.00
Continental CC6 208.00 220.48 6.00% Continental UC6 388.00 397.50 2.45%
Michelin XM2 197.00 238.50 21.07% Michelin XM2 380.00 418.70 10.18%
Size 185-55-15 (Alza, Persona baru) Size 215-45-17
Viking CT5 180.00 190.80 6.00% Viking PT5 248.00 302.10 21.81%
Continental CC6 238.00  241.68 1.55% Interstate  NA 349.80
Michelin XM2 217.00 259.70 19.68% Continental MC6  NA 434.60
Size 185-60-15 (Vios) Size 215-55-17
Viking CT5  NA 212.00 Interstate  NA 371.00
Continental CC6 225.00  233.20 3.64% Continental UC6     450.00 487.60 8.36%
Michelin XM2 216.00 249.10 15.32% Michelin Primacy 3ST 529.00 577.70 9.21%
Size 185-65-15 (Almera, Grand Livina) Size 225-45-17
Viking CT5 205.00 217.30 6.00% Interstate  NA 408.80
Continental CC6 195.00  254.40 30.46% Continental MC6  NA 530.00
Michelin XM2 216.00 265.00 22.69% Michelin Primacy ST3 508.00 540.60 6.42%
Size 195-55-15 (Waja, Gen2) Size 225-50-17
Viking PT5   152.00 190.00 25.00% Interstate  NA 381.60
Continental CC6 169.00 217.30 28.58% Continental UC6 488.00 519.40 6.43%
Michelin XM2  244.00 275.60 12.95% Michelin Primacy ST3 525.00 583.00 11.05%
Size 195-60-15 (Citra, Persona) Size 235-50-18
Viking PT5 175.00 212.00 21.14% Continental MC6 NA 657.20
Continental CC6 209.00 258.64 23.75% Michelin Primacy ST3 617.00 683.70 10.81%
Michelin XM2 237.00 286.20 20.76%
  • Harga kita tu untuk harga terendah untuk Car Tyre (All Inclusive Pricing) dalam 20km dari Kuala Lumpur
  • Harga mereka tu kita ambil dari fb depa yang macam dalam gambar 3 keping bawah ni..

Kan yall boleh nampak, punya jimat kalau beli tayar ikut https://mytayar.com ni.. Sebelum lupa, kalau yall beli ikut website kita, ada Free Alignment kalau beli 4 tayar, depa mana ada tu…

Jumpa lagi laen kali.

Betul ker bila tarikh pengilangan tayar tu sangat penting?

Hello semua.. Mula-mula sekali, AR nak ucapkan Selamat Tahun Baru kat yall semua. Semoga yall akan terus ceria di tahun 2018 ini.

Hari ini, AR nak cerita sikit mengenai tarikh pengilangan tayar kereta. Kan hari ini hari pertama 2018, jadi ramai pembeli akan start minta tayar yang dikilangkan didalam 2018. Yall mesti ada terbaca artikel warna biru macam di bawah sini.

AWASI TAYAR EXPIRED?

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yg baharu ada RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

“Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15′.

Moral of story?
So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.
Semoga dapat manfaat bersama.

Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi

R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam

T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

AR pun tak tahu dari mana datangnya artikel ini. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Michelin, sebenarnya tiada significant performance difference diantara tayar yang baru dikilangkan dan tayar yang lebih lama. Yang penting adalah penjagaan dan inspection lepas tayar itu dipasang. Cuba yall check link ni tayar bukan pisang.

Jadi yall jangan la obsess sangat nak membeli tayar yang sangat baru kerana tiada apa perbezaan pun. Tambahan lagi, kalau tayar tu lama sedikit, yall dapat membeli pada harga yang lebih murah..