Betul ker bila tarikh pengilangan tayar tu sangat penting?

Hello semua.. Mula-mula sekali, AR nak ucapkan Selamat Tahun Baru kat yall semua. Semoga yall akan terus ceria di tahun 2018 ini.

Hari ini, AR nak cerita sikit mengenai tarikh pengilangan tayar kereta. Kan hari ini hari pertama 2018, jadi ramai pembeli akan start minta tayar yang dikilangkan didalam 2018. Yall mesti ada terbaca artikel warna biru macam di bawah sini.

AWASI TAYAR EXPIRED?

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yg baharu ada RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

“Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15′.

Moral of story?
So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.
Semoga dapat manfaat bersama.

Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi

R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam

T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

AR pun tak tahu dari mana datangnya artikel ini. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Michelin, sebenarnya tiada significant performance difference diantara tayar yang baru dikilangkan dan tayar yang lebih lama. Yang penting adalah penjagaan dan inspection lepas tayar itu dipasang. Cuba yall check link ni tayar bukan pisang.

Jadi yall jangan la obsess sangat nak membeli tayar yang sangat baru kerana tiada apa perbezaan pun. Tambahan lagi, kalau tayar tu lama sedikit, yall dapat membeli pada harga yang lebih murah..

Leave a Reply

Your email address will not be published.