Hello semua.. Demam PRU 14 nampaknya dah semakin surut.. Dan ramai dah mulai kembali kepada routine kehidupan sendiri tambahan lagi dengan bermulanya hari bekerja dan bersekolah hari ini. Jalan pun dah start jem semula kan..
Hari ini, AR nak ceritakan pengalaman bertanya harga tayar di Klang.. Sebenarnya AR dah pergi Klang kira-kira 2 minggu yang lepas.. Tetapi entry ini di lewatkan sedikit sebab mesti yall semua sibuk membaca blog-blog politik minggu lepas kan..
So, AR pergi area Bukit Tinggi, Klang untuk hal yang tidak berkaitan dengan mytayar.. Dah tiba disana, terasa nak test macamana rasanya shopping tayar dengan cara lama. Jadi AR cuba lihat sekeliling kawasan itu untuk mencari kedai tayar untuk bertanya harga.
Kedai yang pertama AR terjah ialah T**h yang sangat popular di Klang ni.. Mereka mempunyai beberapa cawangan disana. AR bertanyakan apakah harga tayar untuk Perodua Myvi 1.3L yang bersaiz 175/65R14… Mereka berkata yang mereka sedang mempromosikan tayar Toyo Nano Energy3 pada harga RM95 seunit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja) tetapi kuantiti adalah terhad. Harga ini setelah dicampur GST, rubber valve dan alignment akan menjadi sekitar RM115 seunit. Harga ini sangat menarik.
Tetapi ada seorang supervisor tiba-tiba cuba untuk convince AR untuk menukar saiz 185/60R14 yang lebih besar pada harga RM120 seunit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja). Beliau hanya menekan aspek ianya hanya RM5 lebih mahal..
AR bertanya harga untuk tayar Hankook kerana kedai i tersebut adalah pengedar tayar Hankook. Mereka kelihatan agak kurang berminat untuk memberi harga tetapi akhirnya memberikan harga Rm138 unit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja).. Herm.. Jauh lebih mahal dari website mytayar.com dimana kami menjualnya pada harga sekitar RM130 seunit untuk all inclusive pricing.
AR berkata akan datang semula kekedai mereka apabila sudah membuat perkiraan.
AR pergi kesebuah kedai bernama * One Tyre yang berwarna oren. AR bertanya soalan yang sama. Apakah harga untuk tayar 175/65R14 untuk Myvi.. Seorang mekanik berkata beliau mencadangkan tayar Falken pada harga RM125 seunit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja). Bila AR cuba menolak cadangan tayar tersebut dengan mengatakan tayar tersebut adalah bising dan tiada cengkaman, mekanik tersebut dengan nada menyindir berkata kesemua sebab itu adalah tidak berasas.. Never mind, AR sebenarnya hanya menduga cara mereka menjual…
Apabila AR kata tak mahu tayar Falken tersebut, mekanik itu berkata mereka sekarang sedang membuat promosi tayar. Mereka sedang menjual tayar Continental ContiComfort5 bersaiz 185/65R14 pada harga RM138 seunit (untuk tayar, balancing dan pemasangan sahaja). Ada 2 masalah yang dilihat atas cadangan tersebut..
a) Saiz 185/65R14 itu adalah jauh lebih besar dari tayar standard Myvi
b) Tayar Continental ContiComfort5 adalah model lama yang telah diganti dengan model yang lebih baru dan semestinya ianya sudah lama dikilangkan
AR beredar dari kedai tersebut meneruskan urusan yang lain..
- Dari pengalaman ini, ingin AR nyatakan pemerhatian yang berikut…
Hard selling masih menjadi ikutan. Di kedai T**h, mereka cuba mendapatkan komitmen AR untuk membeli tayar Toyo tersebut dengan cepat. Mereka tergesa-gesa ingin check stock ditingkat atas dan menyimpannya untuk AR. - Mereka akan mencuba menyakinkan pengguna untuk upgrade kepada tayar lain yang lebih mahal. Contohnya, di kedai T**h, mekanik tersebut cuba menyakinkan AR untuk membeli tayar 185/60R14 yang lebih mahal sebanyak RM5 walaupun ianya bukan saiz standard untuk Myvi
- Merendah-rendahkan pandangan pengguna adalah perkara biasa seperti terjadi di kedai * One.. Walaupun reviews mengatakan tayar Falken yang dicadangkan adalah bising dan kurang cengkaman, mekanik itu cuba mengatakan AR telah salah. Beliau mengatakan ianya adalah tayar yang sangat bagus dengan harapan akan membuat jualan kepada pengguna yang kurang arif.
- Cubaan menjual tayar model lama yang sudah lama dikilangkan apabila mekanik tersebut cuba menjual tayar Continental ContiComfort 5. Adalah menjadi kejutan apabila tayar itu juga adalah saiz yang tidak sesuai untuk kereta Myvi.
- Harga yang diberikan juga adalah hanya untuk tayar, balancing dan pemasangan. Walaupun harga yang disebutkan adalah nampak murah, apabila GST,kos valve dan aligment dimasukkan, ianya akan menjadi kejutan apabila pengguna hendak membayar.
- Harganya tidak lah murah seperti yang digembar-gemburkan. Setelah dibuat perbandingan setara, harga di mytayar.com pun ada yang lebih murah..
Ok lah… Jumpa lagi dimasa yang akan datang..
mencari tayar SUV Hyundai Santafee 2011. Jenis diperlukan 235/65/17.