9 Tips untuk memandu jauh pulang beraya

Hello semua… Bulan Ramadan ni dah hampir penghujungnya… Dalam 10 hari nanti, rasanya ramai orang yang akan pulang beraya kekampung.. Dan yang tidak menyambut hari raya, pastinya akan bercuti keluar bandar kerana cuti sekolah pun panjang kan.

Hari ini, AR akan cuba berikan 9 tips pendek untuk yall ikuti semasa memandu jauh untuk pulang beraya.

1. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup sebelum memandu

Yall mesti pastikan tenaga anda semua penuh sebelum memulakan pemanduan yang jauh. Dibulan puasa ini, badan kita akan merasa lesu dan tidak bermaya, bukan. Jadi, tentukan anda mendapat tidur yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 malam sebelum memulakan pemanduan. Elakkan memandu ketika jam 1am – 3am kerana selalunya kita akan merasa mengantuk ketika itu.

2. Pastikan ada makanan dan minuman didalam kereta

Seperti yang kita ketahui, kadang-kadang perjalanan yang selalunya mengambil masa 2 jam mungkin berlarutan hingga 10 jam kerana kesesakan jalanraya semasa pulang kekampung. Sekiranya anda terperangkap didalam kesesakan, bolehlah anda mengambil makanan and minum apabila tiba waktu berbuka. Anda juga mungkin mempunyai anak-anak yang belum berpuasa yang memerlukan makanan dan minuman.

3. Pastikan anda mendapat air yang secukupnya

Apabila anda memandu ketika tidak berpuasa,  pastikan akan mendapat jumlah air yang mencukupi. Air yang secukupnya akan membuat anda lebih cergas dan alert ketika memandu.

4. Pastikan anda membuat perancangan untuk berhenti

Pastinya yall memerlukan tempat berhenti untuk melegakan otot dan untuk menggunakan tandas. Seperti yang diketahui semua, kesemua R&R and Rest Stop akan menjadi sangat sesak ketika waktu puncak perjalanan pulang kekampung dimusim perayaan. AR selalunya tidak berhenti di R&R kerana ianya sangat sesak dan tiada ruang parkir. AR akan keluar dari highway dan berhenti dibandar-bandar yang berdekatan.

5. Memandu dengan kedudukan yang selesa

Cara kedudukan secara memandu akan memberikan yall rasa yang selesa dan tidak memenatkan ketika memandu jarak jauh.

6. Hiburkan hati anda dan orang didalam kereta anda

Perjalananan yang jauh amat menjemukan bagi kanak-kanak tambahan lagi apabila terperangkap didalam kesesakan jalan raya. Pastikan yall membawa lagu2 kegemaran yall untuk menghiburkan hati ketika memandu. Bagi anak-anak, permainan kegemaran mereka boleh mengelakkan kejemuan mereka yang pastinya akan menambahkan kepenatan yall.

7. Pastikan yall mempunya data plan dan charger handphone

Dizaman sekarang ini, pastinya yall menggunakan waze dan googlemap untuk plan perjalanan anda. Application ini akan membantu yall membuat lencongan sekiranya terdapat kesesakan yang tidak dijangka.

8. Elakkan memandu diwaktu puncak

AR cadangkan yall untuk mengelakkan diri dari memandu ketika waktu puncak kerana kesesakan kerana kesesakan yang dialami. Yall boleh merujuk kepada website plus untuk mengetahui waktu saranan untuk memulakan perjalanan mengikut zone ataupun melihat waze sebelum memulakan perjalanan.

9. Pastikan kereta anda dalam keadaan yang baik

Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, yall patut hantar kereta anda untuk mendapatkan servis dan menggantikan parts yang sepatutnya. Walaupun jarak perjalanan kekampung adalah sama seperti masa yang lain, perjalanan kekampung semasa musim cuti hari raya adalah lebih berat kerana kesesakan jalanraya yang sering dialami. Sekiranya anda memerlukan tayar yang baru, yang lupa untuk ke website kami https://mytayar.com untuk membeli tayar pada harga yang sangat kompetitif.

Akhir kata, AR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada yall semua. Sekiranya AR ada melakukan kesilapan sebelum ini, AR ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *