Jaminan Harga Terendah di Website dan Apps

Hello semua.. Apa khabar.. Hari ini, AR nak cerita pasal Jaminan Harga Terendah  (“Lowest Price Guarantee”) seperti yang dipraktikkan didalam Malaysia. Ini pun AR jenuh baca policy mereka untuk memahami bagaimana Jaminan Harga Terendah ini digunapakai.

Sebenarnya,  dinegara-negara maju seperti Amerika, England dan sebagainya, konsep Jaminan Harga Terendah ini sangat popular. Ini adalah strategy mereka untuk menarik pelanggan tetapi cara untuk claim perbezaan harga adalah sangat mudah. Contohnya, Tesco akan membayar perbezaan harga bagi 1 tin baked tin jenama heinz sekiranya pelanggan dapat menunjukkan bukti iklan dimana-mana yang menunjukkan pasaraya lain boleh menjual barangan yang sama pada harga yang lebih rendah. Mudah dan telus cara ini.

Didalam Malaysia, penggunaan Jaminan Harga Terendah ini agak kelakar. Disalah sebuah website/app, seorang peniaga dengan berani memberikan Jaminan Harga Terendah untuk barangan yang mereka jual. Tetapi apabila dilihat dari segi practicality, ianya tidak membawa apa-apa erti.

AR diberitahu bahawa mereka akan membayar perbezaan harga barangan tersebut sekiranya pelanggan boleh mengemukakan bukti resit yang menunjukkan harga yang lebih rendah.

Now, AR sedang mencari alternator bagi kereta Naza office kami. Harga satu original alternator adalah sekitar RM550 dan ianya boleh bertahan untuk masa yang lama . Hanya 1 unit diperlukan untuk satu kereta.

Jadi, sekiranya AR membeli alternator dari penjual di website itu pada harga RM550 dan telah memasangnya ke kereta, keperluan untuk mencari alternator itu sudah tiada. Jadi Jaminan Harga Terendah itu tidak akan digunakan oleh AR, bukan.

Tetapi, mungkin secara tiba-tiba AR mendapat tahu bahawa ada penjual yang menjual alternator yang sama pada harga RM500. Untuk claim perbezaan RM50 dari penjual yang pertama tadi, AR harus mendapatkan resit pembelian yang menunjukkan harga RM500 tersebut. Untuk mendapatkan resit belian, AR harus membayar RM500 kepada penjual kedua dan mendapat alternator tersebut. Rasanya belum ada orang yang memberi resit tanpa belian, bukan.

Now, here comes the problem. AR akan boleh claim RM50 dari penjual pertama untuk perbezaan harga tadi program Jaminan Harga Terendah mereka.. Tetapi, apa AR nak buat dengan alternator yang dah dibeli lagi satu tu? Nak cucuk kat mana?

Dalam pengamatan AR, kadang-kadang pengguna harus menjadi lebih bijak dari ditipu oleh penjual. Think beyond the obvious. Bagi AR, janji Jaminan Harga Terendah itu adalah satu penipuan yang halus.

Be a smart consumer yall…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.