Oh wow.. Nampaknya dah hampir 3 bulan AR tidak update blog ini. Bukannya apa kekadang ketandusan idea nak bagi info pada yall yang handal pasal hal2 macam ini.. Terpaksa kepala bekerja keras untuk cari idea untuk share.
Anyway, sejak beberapa minggu yang lepas, nampaknya di Kuala Lumpur ini hujan lebat setiap hari. Kadang2 pagi dan kadang2 petang. Macam dah tiada pattern kan. Yang selalu menjadi masalah apabila hujan lebat ini, yang pertamanya ialah jalan menjadi lebih sesak. Dan yang paling leceh ialah banjir kilat yang terjadi tanpa amaran.
Hari ini, AR akan cuba untuk berkongsi 5 tips mudah untuk yall ikuti sekiranya berhadapan dengan keadaan banjir kilat semasa didalam perjalanan.
1. Cuba elakkan kawasan yang selalu banjir
Tip apa macam ini kan. Cerita cara nak harungi banjir dijalanraya tapi suruh elak kawasan banjir. Jika boleh, elakkan kawasan banjir dengan menggunakan waze bagi menunjukkan jalan2 yang lebih selamat. Selalunya pengguna-pengguna waze yang lain akan update tempat yang mengalami kenaikan air secara mendadak. Mendengar hebahan melalui radio juga akan membantu yall untuk mencari jalan alternatif kedestinasi yall itu. Sekiranya anda telah tiba dikawasan yang telah mula dinaiki air, pastikan kedalaman itu adalah selamat untuk dilalui oleh kenderaan yall itu. Contohnya, bagi kereta biasa, kedalaman selamat yang boleh dilalui adalah sekitar 6 inci sahaja manakala bagi SUV, ianya mungkin boleh melalui air sedalam 2 kaki. Sekiranya air itu lebih dalam, AR cadangkan yall cari tempat parking yang lebih tinggi untuk menunggu air itu surut.
2. Teruskan bergerak
Sekiranya yall mesti jugak lalu kawasan banjir kilat tu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, cuba untuk teruskan pergerakan didalam air secara constant. Jangan berhenti atau menukar kadar kelajuan secara mendadak dengan menekan minyak atau brek. Bergerak dengan steady momentum. Sekiranya kereta berhenti didalam air, besar kemungkinannya yang air akan masuk kebahagian penting seperti intake dan exhaust. Gunakan gear rendah (1 – 2) pada kelajuan yang bersesuaian dan biarkan enjin anda beroperasi pada rpm yang lebih tinggi. Meredah air menggunakan lebih banyak tenaga dan menggunakan gear tinggi akan merendahkan rpm anda yang mungkin boleh mematikan engine.
3. Jangan start engine anda apabila engine mati didalam air
Sekiranya engine anda telah mati seketika meranduk air, jangan cuba menghidupkannya semula disitu. Terdapat banyak sebab yang telah menyebabkan engine itu mati. Sekiranya air telah memasuki engine anda melalui intake atau exhaust, cubaan menghidupkan engine disitu akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Matikan suis kereta anda dan dapatkan pertolongan untuk menolak kereta anda keluar dari air dikawasan yang selamat. Panggil tow truck untuk membawa kereta anda keworkshop yang dipercayai untuk pemeriksaan lanjut oleh mekanik.
4. Jangan panik sekiranya anda terperangkap didalam keret
Sekiranya cubaan anda untuk meranduk air dengan kereta anda tidak berjaya, jangan panik. Anda perlukan lebih banyak daya untuk membuka pintu kereta anda kerana tekanan dari air diluar. Gunakan kuasa dari kedua-dua kaki anda untuk menolak pintu itu. Yang paling penting, mesti berasa tenang dan tidak panik. Sekiranya cubaan itu tidak berjaya, cuba buka tingkap dengan memusing pemegang pembuka tingkap bagi kereta yang menggunakannya atau menggunakan switch tingkap sekiranya masih ada tenaga elektrik. Sekiranya tingkap tidak dapat dibuka, anda terpaksa memecahkan tingkap dengan mengetuknya dengan head rest. Memecahkan cermin tingkap adalah jauh lebih mudah dari memecahkan cermin hadapan. Setelah keluar dari kereta, pergi ketempat yang lebuh selamat.
5. Tekan brek anda dengan lembut untuk membuang lapisan air
Sekiranya anda berjaya meranduk air dengan kereta anda, anda harus menekan brek anda dengan lembut untuk membuang air yang berada diatas permukaan brek anda.
Yay.. Itu lah sahaja untuk hari ini.. Jumpa lagi dimasa hadapan.
Yang bawah ni dalam English yang google tolong translatekan
Oh wow.. It seems that almost 3 months AR does not update this blog. It is hard work to find the idea to share.
Anyway, over the last few weeks, it seems that in Kuala Lumpur, it is raining heavily every day. Sometimes in the morning at times, in the afternoon. There is no pattern yet. The first issue with this rain, the traffic and the second, the flash flood that just happens.
Today, AR will try to share 5 simple tips to follow when dealing with flash floods during your drive.
1. Try to avoid areas that are always flooded
What kind of tip is this? The article is about giving tips flooding in the streets but to avoid flooding. If possible, avoid flooded area by using waze to show safer roads. Often other waze users will update places that are experiencing a sudden increase in water. Listening for announcement through radio will also help you to find the alternative way to your destination. If you have arrived at the area that has been flooded, make sure the depth is safe to go through. For example, for normal cars, the safe passable depth is around 6 inches whilst for the SUV, it may pass through 2 feet deep. If the water is deeper, AR recommends finding a higher parking space to wait for the water to recede.
2. Keep moving
If you have to clear the flash floods for the unavoidable reasons, try to keep the constant movement in the water. Do not stop or change speed abruptly by pressing the accelerator or brake. If the car stops in the water, it is likely that water has entered the intake and exhaust. Use low gear (1 – 2) at the appropriate speed and let your engine operate at a higher rpm. Ridging water uses more energy and using high gear will lower your rpm which may kill the engine.
3. Do not start your engine when the engine dies in the water
If your engine has stalled in the water, do not try to turn it on again. There are many reasons that caused the engine to die. If water has entered your engine through the intake or exhaust, attempting to start the engine there will cause more damage. Turn off your switch and get help to push your car out of the water to a safe area. Call the tow truck to bring your car a trusted workshop for further inspection by mechanics.
4. Do not panic if you are trapped inside the trunk
If your attempt to wade the water with your car does not work, do not panic. You more power to open your car door because of the pressure from the water outside. Use the power of both feet to push the door. Most importantly, you must be calm and not panicking. If the attempt is unsuccessful, try opening the window by turning the window opener or using the window switch if there is electricity. If the attempts fail, you have to break the window by whacking it with a headrest. After getting out of the car, go to a safer place.
5. Press your brakes gently to remove the layers of water
If you managed to wtade he water with your car, you should push your brakes gently to remove the water on your brakes.