Hari ini AR nak tulis pasal cara membeli petrol di Petronas dengan guna SETEL apps ni. Tapi sebelum AR start, nak kena beritahu dulu yang blog post ini tidak dibayar oleh sesiapa pun dan ianya ditulis menggunakan pengalaman sendiri untuk kemudahan yall diluar sana.
Sebenarnya AR pun baru guna apps Setel ni lepas tengok iklan bersepah ditepi highway. Jadi dalam hati kata, mungkin ianya lebih memudahkan untuk urusan kita seharian. Jadi jom kita mula ok dan disini AR letakkan screenshots telepon untuk jadi panduan yall semua.
Pertama sekali, yall kena tahu yang Setel ni macam e wallet macam Boost, TNG E Wallet, Grab Pay dan lain-lain jugak. Tetapi nampaknya penggunaan Setel ini masih terhad kepada stesen petrol Petronas sahaja.. Sighhhhh…
Mula-mula yall kena download apps Setel ni dari play store atau apps store. Lepas dah install, kena complete kan personal details cam NRIC number, telefon number, nama dan email. Lepas tu, kalau dah ada Mesra card yang register dengan NRIC yang sama, boleh link kan kad Mesra tu dalam Setel. Jadi points akan masuk terus dalam akaun Mesra kalau guna Setel. Kalau tak ada kad Mesra lagi pun tiada masalah sebab boleh register akaun Mesra baru dalam apps.
Bila dah install tu, yall kena topup akaun Setel ni. Dia bukan bagi kita hutang untuk isi petrol ok. Untuk topup Setel ni, boleh guna credit card atau pun guna internet banking. Yall boleh topup berapa yall nak guna sekarang dan dimasa hadapan. Ada beberapa jumlah yang dia letak terus situ supaya senang tapi kalau nak jumlah lain, tekan Other dan letak jumlah tu sendiri. Sila abaikan baki RM0 dalam akaun Setel AR tu ok.
Lepas bank yall approvekan online payment tu, nanti jumlah baki di Setel akan tambah sebanyak jumlah topup yall tu.
Kalau nak lagi mudah, yall boleh setup auto topup akaun Setel ni dengan link kan credit/debit card kat dalam apps ni. Jadi tak pening nak topup sendiri bila baki dah rendah. Tapi AR tak buat sebab takut phone hilang dan orang boleh isi petrol guna apps Setel kita. Jadi terpulang pada yall mana yang lebih mudah atau selamat.
Lepas tu, bila nak isi minyak, yall terus jer pergi ke stesen Petronas. Ingat tahu, Petronas sahaja… Shell, Petron, Caltex semua tak boleh ok..
Apps ini memerlukan gps coordinate telefon jadi location detection mesti on di phone yall tu… Bila dah sampai pam tu, yall kena tengok number kat pump tu.. Kat atas pam tu ada tulis ok… Macam kat Gambarajah 3, apps tahu AR di Petronas NKVE dan AR pilih pam no 13.
Lepas tu, yall boleh pilih berapa ringgit nak isi. Nak isi pakai kiraan liter pun boleh. Nak isi full tank pun boleh. Tekan jer butang yang berkenaan.
Lepas tu, lepas confirmkan jenis minyak yang diperlukan, tekan butang “Pay RMXX” tu ok macam Gambarajah 4. Oooo… Mesti ada data tahu kalau nak guna apps Setel ni.
Nanti dalam Setel akan ada message kata “Start Refueling Now” seperti di . Ini maksudnya yall boleh keluar kereta dan isi minyak macam biasa.
Kena ingat jangan bawa phone keluar ketika mengisi minyak atas faktor keselamatan. Letak je phone dalam kereta semasa mengisi minyak.
Bila dah habis isi petrol, yall boleh masuk kereta macam biasa. Setel akan update kata “Fuelling Completed” macam gambarajah 6 dan 7 ini.
Yall boleh lah meneruskan perjalanan yall ok.
Senang tak?
Setelah menggunakan Setel ini beberapa kali, disini AR terangkan apa kebaikan dan kekurangan Setel ni.
Kebaikan | Kekurangan |
Mudah nak isi minyak Tak perlu beratur di kaunter nak bayar dan tunggu pakcik depan tu cari duit dalam wallet Touchless payment jadi selamat especially time covid19 Ada resit dan data di apps kalau nak guna untuk claim company dan lain-lain | Hanya boleh guna di stesen minyak Petronas sahaja. Nak guna untuk beli KFC pun tak boleh. |
Sekarang kita dah tahu cara nak isi petrol guna Setel ni. Kalau yall nak cari tayar murah, tayar bagus, tayar mahal, tayar budget.. Yall pergi jer ke https://mytayar.com untuk cari. Apa cap yang yall nak semua ada. Ada Michelin, Continental, Goodyear, Bridgestone, Hankook, Viking, Yokohama semua ada.. Harga cun-cun kita letak kat website untuk yall cari ok… Nak mai website pukul 2pagi pun boleh..