Pentingkah Flood Coverage dalam Insuran Kereta ni?

Yall mesti pernah video bawah ni di youtube kan. Kejadian kereta Perodua Kelisa yang mengharung banjir di Kuala Lumpur bulan September 2020 yang lepas menunjukkan kebolehan kereta itu meranduk air banjir yang agak tinggi. Mungkin kerana namanya Kelisa, ianya mempunyai kebolehan untuk berenang seperti ikan kelisa.

Malangnya tak semua kereta ada kebolehan untuk meranduk air. Oleh kerana kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur, ramai orang telah terperangkap didalam banjir kilat ketika mereka sedang memandu ataupun ketika kereta mereka sedang diparkirkan. Ada banyak kejadian dimana kereta telah ditenggelami air di parkir terbuka dan juga tertutup.

Pertama sekali, sekiranya anda mendapati jalan dihadapan anda mengalami kenaikan air banjir kilat, anda hendaklah menghentikan perjalanan dan menunggu sehingga air itu surut dan jalan itu selamat digunakan semula.

Amatlah tidak digalakkan anda untuk memandu kereta apabila air banjir itu melebihi paras 6 inci kecuali ianya dibenarkan secara nyata oleh pengeluar kereta anda. Walaupun kedalaman air itu hanya 6 inci, kereta anda mungkin akan mati didalam air kerana percikan air mengenai alat-alat elektronik kereta itu. Jika air banjir itu pula bergerak dengan laju, sangat tidak digalakkan untuk meranduk air banjir itu dengan kereta kerana kemungkinan kereta anda dihanyutkan arus deras itu sangat besar.

Oleh itu, jika anda boleh mengelak kereta anda ditenggelami air, elakkan selagi boleh, ok?

Tetapi, tahukah anda bahawa kerosakan yang dialami kerana kereta ditenggelami banjir tidak akan dibayar kos pembaikannya oleh syarikat insurance. Jadi, ramai yang telah terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk membaik pulih kereta yang telah ditenggelami air banjir.

Insurance 1st party atau 3rd party tidak akan membayar kos pembaikan kerosakan yang disebabkan oleh air banjir. Anda harus membeli dan membayar kos tambahan untuk perlindungan “Flood and Storm Extension” yang ditawarkan oleh setiap syarikat insuran/takaful di Malaysia. Sekiranya anda membeli perlindungan tambahan ini, kos pembaikan kerana kerosakan disebabkan banjir akan ditanggung oleh syarikat insuran anda. Tetapi harus diingatkan kadar premium dan perlindungan berbeza-beza diantara satu syarikat insuran kepada syarikat yang lain. Jadi anda harus bijak untuk membuat perbandingan untuk mencari perlindungan yang terbaik untuk diri anda.

Kalau nak renew insuran kereta dengan flood coverage pakai mytayar.com pun boleh. Hantar sahaja whatsapp ke 0107782927 kata nak renew insuran. Kami mempunyai rakan agensi insuran yang handal-handal yang boleh membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *