Baru-baru ini, AR diberitahu oleh tokey kedai tayar yang mereka terpaksa menaikkan harga tayar di website https://mytayar.com.
Menurut mereka, tindakan menaikkan harga ini terpaksa dilakukan kerana kesemua pengimpot dan pengilang telah memberikan notis mengenai kenaikan harga tayar dari kilang. Kenaikan harga tayar ini meliputi kesemua jenama tayar samada yang dikilangkan di Malaysia dan juga yang diimpot dari luar negara.
Malah, ada pengilang yang telah menaikkan harga tayar sebanyak 3 kali tahun ini. Berbanding harga didalam tahun 2021, AR lihat harga tayar telah meningkat diantara 20% – 30% mengikut saiz dan jenama.
Oleh itu, anda mungkin berasa terkejut apabila melihat harga tayar yang telah melambung tinggi di laman sesawang kami. Seperti contohnya, didalam tahun 2021, untuk tayar Continental ContiComfort CC6 bersaiz 175/65R14 adalah sekitar RM135 seunit tetapi sekarang ini telah dinaikkan sekitar RM170 seunit. Ini menunjukkan kenaikan 25%, satu peningkatan yang mendadak.
Menurut cakap-cakap didalam pasaran, terdapat beberapa sebab mengapa kenaikan harga tayar ini berlaku ketika ini. Salah satu punca utama ada kesan peperangan diantara Rusia dan Ukraine yang telah menyebabkan gangguan kepada bekalan bahan mentah yang diperlukan. Tambahan lagi kesan penutupan kilang-kilang di China kerana masalah Covid 19 juga telah mengganggu rantaian pembekalan. Kejatuhan nilai ringgit berbanding USD juga telah menyebabkan harga barang impot melonjak tinggi.
Selain dari tayar, didapati harga barangan alat ganti kereta juga telah naik mendadak tahun 2022. Disini AR letakkan perbandingan harga alat ganti sebelum dan selepas kenaikan harga.
AR juga diberitahu oleh tokey kedai tayar bahawa semakin ramai pengguna yang membeli tayar terpakai kerana harga yang lebih murah berbanding dengan tayar yang baru. Malah ada yang didapati menggunakan tayar yang sudah botak dan tidak selamat digunakan lagi.
Bagi kami di https://mytayar.com, kami sentiasa mengutamakan keselamatan anda sebagai pengguna jalanraya. Tayar ada safety item pada kenderaan anda. Tayar dan sistem brek yang baik akan membolehkan anda mengelakkan kemalangan jalanraya. Kami cadangkan anda berbelanja lebih untuk tayar demi keselamatan diri sendiri.