mytayar.com kini di server yang lebih pantas..

Hello semua.. Bila tengok balik, sudah hampir 4 minggu masa berlalu sejak posting yang akhir..

Sejak beberapa bulan yang lepas, website kami mytayar.com selalu down. Kadang-kadang sampai berhari-hari hinggakan kami tak larat nak jawab kenapa website down.. Bila AR check dengan hosting company, depa kat depa kena DDOS attack.. Tak tahu la sapa punya site kena attack sebab kita masa tu guna shared hosting.. DDOS attack ni camna.. Hackers hantar traffic kat website tu sampai server tak boleh handle.. Bila server tak boleh handle, server akan crash..Bila server dah restart balik, hackers buat benda yang sama sampai server crash lagi… Tu sebab kadang-kadang website boleh down sampai berhari-hari..

Tapi masalahnya, website kita down, yall tak boleh cari tayar kan.. So, last week, kita orang buat decision untuk switch server kepada provider yang lain.. Kita try cloud hosting pulak kerana dia flexible boleh serve contents dari 3 servers yang berbeza.. Kalau satu server down, lagi 2 ready nak serve.. Kita orang ambik decision untuk beli plan yang power sikit supaya tiada masalah hardware bila yall berpusu-pusu nak beli tayar..

Ini dia spec server yang kita orang subscribe…

  • 6 CPU Cores
  • 6GB DDR4 RAM
  • Unlimited Bandwidth
  • Unlimited SSD Space
  • Unlimited Websites Hosted
  • Free Domain
  • Premium Support
  • Free cPanel
  • NGINX Web Server
  • WildCard SSL
  • Opcache
  • Memcache instance 256MB

Power tak? Errr.. Yall jangan tanya AR ok pasal spec tu sebab AR bukan paham sangat pun… Agaknya server mytayar.com macam dalam gambar atas tu kot…

Jumpa lagi dimasa yang akan datang.

Jimat ker kalau beli tayar ikut mytayar.com ni?

Hello semua… Hari ini AR bukan lah nak promote sangat website kita https://mytayar.com yang best malatop tahap ultraman gaban ni.. Tapi AR hanya nak letak perbandingan harga sikit untuk yall tengok sendiri…

Ramai jugak orang telepon kita tanya, mytayar.com punya harga ini jimat sangat ker berbanding kalau pergi kedai sendiri.. Nak senang cerita, kita punya harga lebih kurang 20% lagi murah dari kedai biasa.. Tak percaya, cuba yall tengok harga yang dinyatakan oleh sebuah rangkaian kedai tayar yang sangat popular di Malaysia ni…

Harga Terendah Kami * Harga Mereka % Perbezaan Harga Terendah Kami * Harga Mereka % Perbezaan
Size 175-70-13 (Iswara, Saga, Wira 13″) Size 195-65-15 (Exora, Wish)
Hankook H308 114.00 137.80 20.88% Hankook H308 194.00 227.90 17.47%
Viking CT5 115.00 143.10 24.43% Continental CC6 225.00 284.08 26.26%
Continental CC6 174.00 192.92 10.87% Michelin XM2 254.00 296.80 16.85%
Size 165-55-14 (Kenari, Kelisa, Viva 14″) Size 185-55-16 (City, Jazz 16″)
Viking CT5 128.00  164.30 28.36% Hankook H457 187.00 233.20 24.71%
Continental CC6 159.00 198.22 24.67% Continental UC6 275.00 273.48 -0.55%
Michelin XM2 300.00 286.20 -4.60%
Size 175-65-14 (Myvi, Bezza, Axia, Iriz) Size 205-55-16 (Preve)
Viking CT5 138.00 169.60 22.90% Hankook H457 234.00 280.90 20.04%
Continental CC6 165.00 196.10 18.85% Continental UC6  378.00 397.50 5.16%
Michelin XM2 188.00 233.20 24.04% Michelin XM2 417.00 418.70 0.41%
Size 185-60-14  (Iswara, Saga, Wira 14″) Size 205-60-16
Viking CT5 138.00 159.00 15.22% Interstate  NA 318.00
Continental CC6 208.00 220.48 6.00% Continental UC6 388.00 397.50 2.45%
Michelin XM2 197.00 238.50 21.07% Michelin XM2 380.00 418.70 10.18%
Size 185-55-15 (Alza, Persona baru) Size 215-45-17
Viking CT5 180.00 190.80 6.00% Viking PT5 248.00 302.10 21.81%
Continental CC6 238.00  241.68 1.55% Interstate  NA 349.80
Michelin XM2 217.00 259.70 19.68% Continental MC6  NA 434.60
Size 185-60-15 (Vios) Size 215-55-17
Viking CT5  NA 212.00 Interstate  NA 371.00
Continental CC6 225.00  233.20 3.64% Continental UC6     450.00 487.60 8.36%
Michelin XM2 216.00 249.10 15.32% Michelin Primacy 3ST 529.00 577.70 9.21%
Size 185-65-15 (Almera, Grand Livina) Size 225-45-17
Viking CT5 205.00 217.30 6.00% Interstate  NA 408.80
Continental CC6 195.00  254.40 30.46% Continental MC6  NA 530.00
Michelin XM2 216.00 265.00 22.69% Michelin Primacy ST3 508.00 540.60 6.42%
Size 195-55-15 (Waja, Gen2) Size 225-50-17
Viking PT5   152.00 190.00 25.00% Interstate  NA 381.60
Continental CC6 169.00 217.30 28.58% Continental UC6 488.00 519.40 6.43%
Michelin XM2  244.00 275.60 12.95% Michelin Primacy ST3 525.00 583.00 11.05%
Size 195-60-15 (Citra, Persona) Size 235-50-18
Viking PT5 175.00 212.00 21.14% Continental MC6 NA 657.20
Continental CC6 209.00 258.64 23.75% Michelin Primacy ST3 617.00 683.70 10.81%
Michelin XM2 237.00 286.20 20.76%
  • Harga kita tu untuk harga terendah untuk Car Tyre (All Inclusive Pricing) dalam 20km dari Kuala Lumpur
  • Harga mereka tu kita ambil dari fb depa yang macam dalam gambar 3 keping bawah ni..

Kan yall boleh nampak, punya jimat kalau beli tayar ikut https://mytayar.com ni.. Sebelum lupa, kalau yall beli ikut website kita, ada Free Alignment kalau beli 4 tayar, depa mana ada tu…

Jumpa lagi laen kali.

Betul ker bila tarikh pengilangan tayar tu sangat penting?

Hello semua.. Mula-mula sekali, AR nak ucapkan Selamat Tahun Baru kat yall semua. Semoga yall akan terus ceria di tahun 2018 ini.

Hari ini, AR nak cerita sikit mengenai tarikh pengilangan tayar kereta. Kan hari ini hari pertama 2018, jadi ramai pembeli akan start minta tayar yang dikilangkan didalam 2018. Yall mesti ada terbaca artikel warna biru macam di bawah sini.

AWASI TAYAR EXPIRED?

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yg baharu ada RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

“Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15′.

Moral of story?
So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.
Semoga dapat manfaat bersama.

Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi

R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam

T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

AR pun tak tahu dari mana datangnya artikel ini. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Michelin, sebenarnya tiada significant performance difference diantara tayar yang baru dikilangkan dan tayar yang lebih lama. Yang penting adalah penjagaan dan inspection lepas tayar itu dipasang. Cuba yall check link ni tayar bukan pisang.

Jadi yall jangan la obsess sangat nak membeli tayar yang sangat baru kerana tiada apa perbezaan pun. Tambahan lagi, kalau tayar tu lama sedikit, yall dapat membeli pada harga yang lebih murah..

Apa yang kena buat sebelum membawa kereta berjalan jauh?

Hello semua.. Ar tahu yang hujung2 tahun ini, ramai yang pergi bercuti dan balik kampung.. Yelah, cuti sekolah pun tinggal 2 minggu sahaja dan ibubapa pun banyak nak menghabiskan cuti.

Sebelum berjalan jauh dengan berkereta, kan baik checkup kereta tu elok-elok dulu sebab kalau tersangkut dalam perjalanan, kan susah.. Kat sini, AR letak video mat salleh camna nak checkup kereta sebelum jauh.. Kita tahu yall tu kalau letak melayu punya video, mesti tak percaya kan…. kan.. kan…

Kalau terjumpa masalah yang perlu diselesaikan dulu, boleh tangguh perjalanan sebentar dan bawa kereta untuk repair dengan mekanik dulu..

Ok lah.. jumpa lagi dimasa dihadapan sebab AR pun nak pergi balik kampung ni…

Tahu tak cara tukar tayar kereta pancit?

Hello semua…

AR selalu duty jaga telepon untuk mytayar.com .. Selalu betul dapat call dari customers minta tolong datang buat rescue sebab tayar pancit… Kita orang jual tayar jer.. Takde servis datang rumah, opis atau tepi jalan untuk tukarkan tayar kereta yall yang pancit tu…

So, AR letak kat sini video omputeh yang tunjukkan cara tukar tayar yang pancit tu.. Mudah jer pun.. Tak susah mana pun kan…

Ini kalo kereta biasa jer ok… Kok yang pakai 4×4 yang tinggi tu… Tu yall kena cari sendiri..

Betulker boleh jimat minyak bila pakai gadget2 tu?

Yall mesti tahu hari ini hari apa kan.. Kan kan… Kalau yall lupa, hari ini hari Rabu dan sikit lagi akan keluar pengumuman harga minyak untuk minggu ini.. Tahu pun…

Sejak harga minyak naik ni, AR tengok ramai betul peniaga kat facebook ngan instagram dok jual benda gadget2 yang mengikut mereka boleh menjimatkan penggunaan minyak kereta kita.. Mengikut kata depa yang menjual ni, bukan sahaja boleh jimat minyak, kereta pun boleh jadi lagi power gitu..

So, AR dok google tadi cari info.. Betulker kita boleh jimat minyak dengan hanya letak gadget yang depa jual tu..

Last-last AR jumpa video dari Fifth Gear ni yang cerita pasal benda ni.. Fifth Gear ni kan rancangan UK sana pasal kereta.. Jadi rasanya depa ni ada credibility nak sembang pasal benda cenggini..

Cuba yall tengok video ni…

Berbaloi tak kalau nak berjimat sangat masa beli tayar?

Hello semua… Nampaknya dah 2 minggu berlalu sejak post AR yang lepas. Agak busy sikit minggu lepas dengan perayaan hari raya dan menonton acara Sukan SEA di television..

Minggu ini AR nak yall tengok video dari tyrereviews.co.uk mengenai perbezaan performance diantara tayar premium dan tayar budget. AR tahu sekarang ni ramai yang pakai kereta power tapi bila time nak tukar tayar, semuanya call cari yang paling murah. Pernah nampak sekali kat fb satu kedai tayar yang satu kereta Meserati Ghibli pakai tayar cap Falken.

Sifoo kereta AR selalu cakap, dua benda yang tak boleh budget sangat pasal kereta ni ialah brek dan tayar.. Kalu dua benda ni fail, kereta memang tak boleh berhenti.. Lain benda fail, kereta sure berhenti punya.. Tak caya cuba test..

So, kali ini kita tengok samada berbaloi tak kalau nak berjimat sangat masa beli tayar ni..

Macam yall tengok kat video ni, tak berbaloi wey kalu budget sangat hokey. Baik beli tayar yang ok sikit untuk kereta yall.. Nyawa keluarga dan sendiri tu yang perlu dijaga.

Ok.. Dah dah.. AR nak pergi makan burger buat dengan daging korban dah ni.. Jumpa lagi…

Yall tahu cara check minyak enjin tak?

Itu hari, sedang AR jalan-jalan cari makan kat area Sungai Buloh, tengok ada akak tengah menung tepi jalan dekat kereta Proton Gen2 nya.. AR stop kejap tanya dia kalau dia perlukan bantuan.. Dia cakap kereta dia tetiba mati enjin..

Bila AR pergi depan kereta dia, bau hangit menusuk hidung macam bau enjin panas melampau.. AR suspect kereta akak tu jem sebab minyak hitam dah abis.. Bila tengok dalam engine bay pun, nampak kesan minyak enjin meleleh..

Tak boleh nak tolong akak tu apa-apa kecuali suruh dia panggil tow truck. So, hari ini AR letak video youtube ni mengenai cara check level minyak hitam dalam kereta yall.. Semoga yall tak jadi macam akak tu juga.

Berapa angin nak isi dalam tayar ni?

Itu hari AR tengok ada makcik kat Petronas tengah nak pam angin tayar keretanya.. Makcik tu macam blur jer tengok meter kat pam tu.. Lepas makcik tu berlalu, AR pun bawak kereta nak pam angin gak.. Punyalah terkejut sebab meter kat pam angin tu menunjukkan 300 kPa.. Agaknya makcik tu dah pam 300 kPa kat Kancil dia la kot… Mesti terasa semua batu atas jalan masa drive tu..

So, hari ini, AR nak habak kat y’all berapa angin nak isi dalam tayar kereta sendiri. Pada setiap kereta, ada sticker kat frame pintu driver yang menunjukkan pressure angin yang sepatutnya. Cuba y’all tengok dua gambar ni.

 

Lain kereta, lain pressure yang diperlukan. Jadi y’all boleh isi angin mengikut yang tertera kat sticker ni… Contohnya, untuk kereta putih ni 200 kPa dan untuk kereta merah 220 kPA. Senang kan…

Tapi y’all kena tahu, pressure ini masa tayar sejuk iaitu baru berjalan kurang dari 5km.. Kalau lebih 5km, tayar dah panas dan pressure akan naik. Selalu AR tambah lagi 15kPa kalau pam masa tayar dah panas…

Tapi apa pentingnya pressure tayar yang betul ni? Satu, tayar kita akan makan sekata. Dua, penggunaan petrol akan berkurangan. Tiga, tayar akan mencengkam. Empat, pemanduan menjadi lebih selesa.

Selamat memandu semua…

Beli 2 tayar baru sahaja, letak belakang atau depan?

Sekarang ini, ramai customer yang beli 2 tayar baru sahaja sementara tunggu lagi 2 tu abis bunga. Bila customer telepon AR, kita cakap kat customer yang tayar baru tu letak kat gandar belakang. Selalunya customer cakap, bukan ker kena letak depan sebab nak brek makan gitu.

Sebenarnya, memang kena letak tayar baru kat belakang sebab tayar belakang yang selalu hilang grip masa jalan basah dan sedang membelok. Tak kisah samada kereta tu Front Wheel Drive, Rear Wheel Drive atau 4 wheel drive. Kalau kereta no wheel drive, tak payah tayar langsung pun boleh.. hehehehe..

Kalau tak caya, meh sini tengok video ni dari depa yang terer pasal benda ni..