Beli tayar tapi kena charge extra sebab pakai credit card

Beberapa bulan yang lalu, AR ada mendengar rintihan pengguna yang mengadu mengena dikenakan debit/credit card surcharge apabila membeli komputer di Low Yatt.

Hal ini dah diketengahkan sehingga keperingkat atasan seperti yang dilaporkan oleh the Star disini.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/03/21/bank-negara-retailers-cant-impose-surcharges-for-payments-using-debit-cards/

Setahu AR selama ini, surcharge kad kredit ini selalunya dicaj oleh penjual komputer, handphone dan tayar. Menurut peniaga, caj ini dikenakan oleh mereka kerana harga yang mereka berikan adalah yang terendah dan tidak ada margin untuk menutup kos yang dikenakan oleh bank mereka apabila pengguna membayar menggunakan kad credit.

Mungkin anda juga tahu bahawa bagi komputer, handphone dan tayar, selalunya harga yang diberikan adalah jauh lagi rendah dari sticker price. Sebagai contoh, AR cadangkan anda pergi bertanya harga iPhone yang terbaru di kedai official store dan bandingkan harganya dengan yang diberikan di Low Yatt. Sudah pasti perbezaan harganya adalah jauh lebih besar dari jumlah surcharge kad kredit yang dikenakan oleh peniaga di Low Yatt.

Didalam laman https://mytayar.com, kami telah berterus terang bahawa harga yang diberikan adalah harga tunai dan sekiranya pengguna membayar dengan kad kredit, workshop boleh mengenakan caj kad kredit sekitar 4% dari nilai belian.

Akan tetapi, AR mendengar ada pengguna yang komen yang ada kedai tayar yang tidak mengenakan surcharge kad kredit. Antara nama yang selalu disebut adalah Lim Tayar, sebuah chain yang terkenal di Malaysia. Namun demikian, mungkin pengguna yang tidak tahu bahawa harga di Lim Tayar adalah sekitar 20% lebih mahal dari harga kami di https://mytayar.com.

Atas desakan pengguna, beberapa network workshops kami telah menaikkan harga tayar sekitar 3% kira-kira sebulan yang lalu. Dengan kenaikan ini, mereka tidak akan menuntut surcharge kad kredit dari pelanggan melalui https://mytayar.com lagi.

Malangnya, apa yang kami dapati adalah kira-kira 60% pembeli tayar membayar dengan tunai. Ini bermakna orang seperti AR yang suka menggunakan tunai akan membayar 3% lebih tinggi tanpa mendapat apa-apa faedah yang lain. Samada kita suka atau tidak, kos perniagaan akan dimasukkan kedalam harga barangan tanpa kita sedari.

Mungkin besok ada pengguna akan komplen di media sosial yang peniaga menaikkan harga sesuka hati dan sengaja menyusahkan pengguna.

Sebagai pengguna yang bijak, kita seharusnya pandai memilih dan juga membuat pengiraan.

Jumpa lagi dimasa yang akan datang.