5 tips untuk harungi banjir kilat dijalanraya

Oh wow.. Nampaknya dah hampir 3 bulan AR tidak update blog ini. Bukannya apa kekadang ketandusan idea nak bagi info pada yall yang handal pasal hal2 macam ini.. Terpaksa kepala bekerja keras untuk cari idea untuk share.

Anyway, sejak beberapa minggu yang lepas, nampaknya di Kuala Lumpur ini hujan lebat setiap hari. Kadang2 pagi dan kadang2 petang. Macam dah tiada pattern kan. Yang selalu menjadi masalah apabila hujan lebat ini, yang pertamanya ialah jalan menjadi lebih sesak. Dan yang paling leceh ialah banjir kilat yang terjadi tanpa amaran.

Hari ini, AR akan cuba untuk berkongsi 5 tips mudah untuk yall ikuti sekiranya berhadapan dengan keadaan banjir kilat semasa didalam perjalanan.

1. Cuba elakkan kawasan yang selalu banjir
Tip apa macam ini kan. Cerita cara nak harungi banjir dijalanraya tapi suruh elak kawasan banjir. Jika boleh, elakkan kawasan banjir dengan menggunakan waze bagi menunjukkan jalan2 yang lebih selamat. Selalunya pengguna-pengguna waze yang lain akan update tempat yang mengalami kenaikan air secara mendadak. Mendengar hebahan melalui radio juga akan membantu yall untuk mencari jalan alternatif kedestinasi yall itu. Sekiranya anda telah tiba dikawasan yang telah mula dinaiki air, pastikan kedalaman itu adalah selamat untuk dilalui oleh kenderaan yall itu. Contohnya, bagi kereta biasa, kedalaman selamat yang boleh dilalui adalah sekitar 6 inci sahaja manakala bagi SUV, ianya mungkin boleh melalui air sedalam 2 kaki. Sekiranya air itu lebih dalam, AR cadangkan yall cari tempat parking yang lebih tinggi untuk menunggu air itu surut.

2. Teruskan bergerak
Sekiranya yall mesti jugak lalu kawasan banjir kilat tu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, cuba untuk teruskan pergerakan didalam air secara constant. Jangan berhenti atau menukar kadar kelajuan secara mendadak dengan menekan minyak atau brek. Bergerak dengan steady momentum. Sekiranya kereta berhenti didalam air, besar kemungkinannya yang air akan masuk kebahagian penting seperti intake dan exhaust. Gunakan gear rendah (1 – 2) pada kelajuan yang bersesuaian dan biarkan enjin anda beroperasi pada rpm yang lebih tinggi. Meredah air menggunakan lebih banyak tenaga dan menggunakan gear tinggi akan merendahkan rpm anda yang mungkin boleh mematikan engine.

3. Jangan start engine anda apabila engine mati didalam air
Sekiranya engine anda telah mati seketika meranduk air, jangan cuba menghidupkannya semula disitu. Terdapat banyak sebab yang telah menyebabkan engine itu mati. Sekiranya air telah memasuki engine anda melalui intake atau exhaust, cubaan menghidupkan engine disitu akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Matikan suis kereta anda dan dapatkan pertolongan untuk menolak kereta anda keluar dari air dikawasan yang selamat. Panggil tow truck untuk membawa kereta anda keworkshop yang dipercayai untuk pemeriksaan lanjut oleh mekanik.

4. Jangan panik sekiranya anda terperangkap didalam keret
Sekiranya cubaan anda untuk meranduk air dengan kereta anda tidak berjaya, jangan panik. Anda perlukan lebih banyak daya untuk membuka pintu kereta anda kerana tekanan dari air diluar. Gunakan kuasa dari kedua-dua kaki anda untuk menolak pintu itu. Yang paling penting, mesti berasa tenang dan tidak panik. Sekiranya cubaan itu tidak berjaya, cuba buka tingkap dengan memusing pemegang pembuka tingkap bagi kereta yang menggunakannya atau menggunakan switch tingkap sekiranya masih ada tenaga elektrik. Sekiranya tingkap tidak dapat dibuka, anda terpaksa memecahkan tingkap dengan mengetuknya dengan head rest. Memecahkan cermin tingkap adalah jauh lebih mudah dari memecahkan cermin hadapan. Setelah keluar dari kereta, pergi ketempat yang lebuh selamat.

5. Tekan brek anda dengan lembut untuk membuang lapisan air
Sekiranya anda berjaya meranduk air dengan kereta anda, anda harus menekan brek anda dengan lembut untuk membuang air yang berada diatas permukaan brek anda.

Yay.. Itu lah sahaja untuk hari ini.. Jumpa lagi dimasa hadapan.

Yang bawah ni dalam English yang google tolong translatekan

Oh wow.. It seems that almost 3 months AR does not update this blog. It is hard work to find the idea to share.

Anyway, over the last few weeks, it seems that in Kuala Lumpur, it is raining heavily every day. Sometimes in the morning at times, in the afternoon. There is no pattern yet. The first issue with this rain, the traffic and the second, the flash flood that just happens.

Today, AR will try to share 5 simple tips to follow when dealing with flash floods during your drive.

1. Try to avoid areas that are always flooded
What kind of tip is this? The article is about giving tips flooding in the streets but to avoid flooding. If possible, avoid flooded area by using waze to show safer roads. Often other waze users will update places that are experiencing a sudden increase in water. Listening for announcement through radio will also help you to find the alternative way to your destination. If you have arrived at the area that has been flooded, make sure the depth is safe to go through. For example, for normal cars, the safe passable depth is around 6 inches whilst for the SUV, it may pass through 2 feet deep. If the water is deeper, AR recommends finding a higher parking space to wait for the water to recede.

2. Keep moving
If you have to clear the flash floods for the unavoidable reasons, try to keep the constant movement in the water. Do not stop or change speed abruptly by pressing the accelerator or brake. If the car stops in the water, it is likely that water has entered the intake and exhaust. Use low gear (1 – 2) at the appropriate speed and let your engine operate at a higher rpm. Ridging water uses more energy and using high gear will lower your rpm which may kill the engine.

3. Do not start your engine when the engine dies in the water
If your engine has stalled in the water, do not try to turn it on again. There are many reasons that caused the engine to die. If water has entered your engine through the intake or exhaust, attempting to start the engine there will cause more damage. Turn off your switch and get help to push your car out of the water to a safe area. Call the tow truck to bring your car a trusted workshop for further inspection by mechanics.

4. Do not panic if you are trapped inside the trunk
If your attempt to wade the water with your car does not work, do not panic. You more power to open your car door because of the pressure from the water outside. Use the power of both feet to push the door. Most importantly, you must be calm and not panicking. If the attempt is unsuccessful, try opening the window by turning the window opener or using the window switch if there is electricity. If the attempts fail, you have to break the window by whacking it with a headrest. After getting out of the car, go to a safer place.

5. Press your brakes gently to remove the layers of water
If you managed to wtade he water with your car, you should push your brakes gently to remove the water on your brakes.

Dah nak kena tukar ke ni?

Hello semua.. AR nak cerita pasal tips untuk menentukan samada anda memerlukan tayar yang baru.

Mungkin ramai yang tidah menyedari fakta ini tetapi tayar adalah satu-satunya bahagian kereta yang menyentuk permukaan jalan. Dan pastinya, ianya sepatutnya mendapat perhatian yang sangat serious dari kesemua pemandu. Tapi malangnya, AR nampak ramai pemandu mengabai keadaan tayar kereta mereka malah mereka lebih pentingkan faktor kecantikan kecantikan dari keselamatan.

Tayar yang berkualiti dan yang diselenggara dengan baik boleh menyumbang kepada keselamatan anda, meningkatkan ekonomi bahan apai, pengendalian yang sempurna dan dapat berhenti dalam apa-apa keadaan jalan. Selain dari itu, ianya dapat memberikan keselesaan dan kualiti perjalanan yang lebih baik.

Melangkah ke kedai penjual tayar di kawasan anda pastinya pengalaman yang luar biasa kerana terdapat terlampau banyak faktor yang difikirkan. Jenama, model, pembuatan, komposisi dan harga. Jadi kami di mytayar telah cuba memberikan info-info penuh mengenai tayar untuk analisa yall.

Dibawah ini, AR letakkan tips-tips untuk yall ikuti.

1. Lakukan pemerikssan visual secara cepat secara berkala. Sekiran anda melihat pattern kehausan yang berbeza-beza, dinding sisi retak, atau sebarang perubahan warna atau menonjol; sudah sampai masa untuk anda membeli tayar yang baru.

Sekiranya tayar anda sudah berusia lebih dari 6 tahun, pertimbangkan untuk menggantikannya walaupun kelihatan masih OK kerana getah merosot dengan pendedahan kepada oksigen.

2. Pastikan kereta anda didalam keadaan yang baik. Lihat tahap kehausan bunga tayar tidak sekata yang disebabkan oleh masalah misalignment atau suspension. Sekiranya anda menggantikan tayar yang baru ke kereta yang mengalami masalah misalignment atau suspension, tayar yang baru itu tidak akan dapat bertahan lama.

3. Semak saiz tayar kereta anda di dalam manual pemilik dan maklumat placard. Maklumat ini diwajibkan dibawah undang-undang dan dipasang terus ke tepi pintu, pos pintu, pintu petak sarung tangan atau di dalam boot kereta anda.

4. Ok.. Sekarang dah baca saiz tayar dah.. Tapi apa yang derang tulis tu? Tulisan-tulisan ditepi tayar itu adalah sebahagian daripada kod standard untuk memberikan info tayar.

Contoh tanda sisi tayar – 185/55R15 81H

• Kod nombor tiga digit ialah lebar tayar (dalam milimeter) dari pinggir sisi-sisi tepi.
• Kemudian, nombor dua digit yang merupakan nisbah aspek tayar, atau nisbah ketinggian kepada lebar.
• Seterusnya, satu huruf, huruf “R” yang menunjukkan tayar itu adalah radial tyre.
• Kemudian, satu lagi nombor dua digit, iaitu diameter roda yang sesuai untuk tayar.
• Seterusnya, nombor dua atau tiga pilihan. Ini adalah nombor indeks beban tayar. Jangan memasang tayar dengan nombor indeks beban yang lebih rendah daripada yang disyorkan.
• Seterusnya, satu surat. Inilah kadar kelajuan tayar. Ikut cadangan pengeluar anda. Anda hanya perlu menaik taraf ke penarafan kelajuan yang lebih tinggi jika anda telah mengubah suai kenderaan anda untuk kegunaan trek.

5. AR tahu ramai pemilik kereta yang menukar rim mereka sebaik sahaja mereka mendapat kereta. Namun demikian, AR selalu melihat mereka hanya memilih rim tersebut dari sudut kecantikan sahaja tanpa menghiraukan aspek teknikal. Seperti contoh, rim aftermarket ini selalunya dibuat sebagai pengganti universal kepada semua jenis kereta. Jadi ukurannya adalah kurang sesuai dengan kenderaan anda. Sebagai contoh, offset dan said centre bore adalah berbeza untuk Proton Saga dan Perodua Myvi meskipun kedua-duanya menggunakan rim berdiameter 14″. Lakukan penyelidikan yang serius sebelum membuat keputusan menukar rim itu, dan berhati-hatilah untuk tidak mengorbankan pengendalian dan keselamatan yang terlalu banyak untuk penampilan.

6. AR cadangkan yall membeli set lengkap dan sepadan. Dengan menggantikan semua empat tayar sekaligus, anda akan dapat mengekalkan tayar anda dengan lebih baik. Elakkan dari tabiat menggunakan tayar yang berbeza digandar yang sama. Oh ya.. jika anda hanya menukar 2 tayar baharu, pastikan tayar baru itu diletakkan di gandar belakang.

7. Pertimbangkan membeli melalui Internet (lebih baik beli di mytayar sahaja). Yall boleh menjimatkan wang membeli di online sahaja kerana harganya terbuka dan ini dapat mengelakkan anda ditipu.

AR tahu sekarang ini, ramai yang mengeluh dengan kesempitan wang dikala ekonomi negara kurang baik. Semuanya nak cari tayar harga murah.. Setiap hari kami dapat request dari pengguna “Cheap tyres… Tayar murah”.. Tapi yall tahu, kami di sini tak menjanjikan tayar murah.. Kami janjikan tayar pada harga kompetitif untuk yall pilih sendiri.. Apa tayar yang yall nak? Michelin ada, Bridgestone ada, Continental ada, Goodyear ada, Hankook ada, Viking pun ada.. Datang jer anytime ok.. Kami jenis tak kacau orang masa yall datang browse pukul 3 pagi sekali p

Sapa yang BM kurang tu, meh sini baca english version…

Perhaps many are unaware of this fact but the tires are the only part of the car that touch the surface of the road. And of course, it should get very serious attention from all the drivers. But unfortunately, many drivers ignore the condition of their car tires as they place more importance to the look.

Quality and well-maintained tires can contribute to your safety, improve the fuel consumption, better handling and stop in any road conditions. In addition, it can provide better travel quality and comfort.

Talking to tire vendors in your area is certainly a challenging experience because there are too many factors to think about. Brand, model, manufacture, composition and price. So we at mytayar tried to provide the full info about tires for analysis.

Below, AR put the tips to follow.

1. Periodically perform visual examinations of the tires. If you notice different patterns of wear, cracked side wall, or any color changes; It’s time for you to buy a new tire.

If your tire is over 6 years old, consider replacing it even though it looks OK because rubber deteriorates with exposure to oxygen.

2. Make sure your car is in good condition. Uneven tire wear may be caused by misalignment or suspension problems. If you replace a new tire of a car with misalignment or suspension problem, the new tire will not last long.

3. Check the size of your car tire in owner’s manual and placard information. This information is required under the law and installed at the edges of the door, door post, glove door or in the boot of your car.

4. Ok .. Now read the size of the tire.. Tire posts are part of the standard code to provide tire info.

Examples of tire side marks – 185 / 55R15 81H

• The three digit number code is the width of the tire (in millimeters) from the edge to edge.
• Then, the double digit number that is the aspect ratio of the tire, or the height ratio to the width.
• Next, one letter, the letter “R” indicating the tire is a radial tire.
• Then, another double digit number, which is the tyre diameter.
• Next, the number two or three options. This is the tire load index number. Do not install tires with lower load index numbers than recommended.
• Next, one letter. This is the speed rating of the tire. Follow your manufacturer’s recommendations. You only need to upgrade to a higher speed rating if you have modified your vehicle for the use of the track.

5. AR knows many car owners change their rims as soon as they get the car. We always see that they only choose the rim from the point of beauty only rather than technical aspects. This aftermarket rim is often made as a universal substitute for all types of cars. So the size is less suitable for your vehicle. For example, the offset and center bore size is different for Proton Saga and Perodua Myvi even though they use a 14 “diameter rim. Do serious research before deciding to change the rim, and be careful not to sacrifice too much handling and security for appearance.

6. AR recommend yall buy a complete set and match. By replacing all four wheels at once, you will be able to keep your tires better. Avoid the habit of using different tires in the same way. Oh yes .. if you just change 2 new tires, make sure the new tires are placed on the rear axle.
 
7. Consider buying through the Internet (preferably buy at mytayar only). Yall can save money online just because the price is open and this can prevent you being cheated.

AR knows right now, many are complaining about the hardships. All are looking for cheap tire tires .. Everyday we get requests for “Cheap tires … Cheap tires” .. But we are not promising cheap tires .. We promise tires at competitive prices for yall to select yourself .. Michelin is here, Bridgestone is here, Continental is here, Goodyear is here, Hankook is here, Viking is here ..

Cari tayar di mytayar.com guna fb messenger

Hellooooo yall… First of all, kami ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin” kepada yall… Pastinya semuanya dah pulang kerumah sendiri setelah lama bercuti kan..

Haaaa… kalau yall nak tahu, mytayar.com dah ada feature baru macam kat dalam video kat atas tu.. Yall boleh gunakan fb messenger untuk mencari tayar yall di website kami.. Yall hanya perlu hantar message ke https://facebook.com/mytayardotcom untuk start guna chatbot ni.. Semuanya automated.. Senang kan..

Yall boleh jugak terus ke http://m.me/mytayardotcom untuk chat ok.. Tekan jer butang “Get Started” tu..

AR harap yall akan gunakan chatbot ini ok.. Jumpa lagi lain kali.

Beli tayar kat mytayar.com pun boleh dapat AirAsia Big points la…

Hello semua.. boss itu hari habag kat AR, dia kata kalo orang ada AirAsia punya Big points, depa boleh dapat point gak kalu beli tayar kat mytayar.com… AR tanya dia, mana dia tahu.. Dia cakap kawan dia Ms Chong info dia.. Dah agak dah.. boss tu bukan rajin sangat pi mana2.. Abis-abis dia ada kad Axxess yang Ms Chong bagi kat dia yang dia dok tayang dalam opis ni..

Ni camni.. mula-mula yall kena pi cari kad AirAsia Big ni.. Lepas tu, yall boleh dapat points bila beli tiket Air Asia pi balik kampung ka apa… Bila dah banyak points.. boleh convert points tu untuk tiket kapalterbang free ka apa..

Kalu nak beli tayar, yall boleh ikut link ini tengok camna nak dapatkan points bila beli tayar di mytayar.com… Kalu belanja RM1, yall dapat 1 point.. Kalu yall ganti tayar myvi tu, kan dah dapat 600 points… Sapa nak bagi weyyyy kalau bukan AirAsia…

https://www.airasiabig.com/my/en/lifestyle/partner/my-tayar

Ok jangan lupa taw.. Ni AR belanja gambar Uqasha Senrose masa dia jadi flight attendant di Air Asia.. AR tahu yall kalu ada gambar retis, mesti yall baca blog ni kan…

p/s : Kalu AirAsia pun boleh percaya kat mytayar.com, takkan yall semua takut kena klentong sama kita plak kan…

Yall mesti suka kalau ada promotion kan?

Dalam sebulan lepas ni, AR busy ya amat sebab macam-macam projects boss suruh buat. Tu la sebab blog ni dah sebulan tiada update ke apa.. Hehehehe..

Salah satu projek yang kitaorang buat adalah promotion dengan sweetspot apps.. Boss kasi discount kalau sesiapa beli tayar dengan gunakan discount code yang yall boleh download dari sweetspot app ni.. Sweetspot ni yall boleh download dari google playstore di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sweetspot.sweetspot&hl=en ok… Yang dekat appstore tu AR tak tahu kat mana pulak.. Yall cari sendiri yek…

Apa yang Boss cakap.. sweetspot ni Berjaya Group yang punya.. Ala, sama geng dengan 7-11, Nandos, Starbucks, Kenny Rogers dan lain-lain kompeni besar kat Malaysia ni… Kalau yall nak deals untuk kopi ker, nandos ker, KR ker dan lain-lain food outlets, yall cepat-cepat download taw.. Beli tayar kat https://mytayar.com pun ader discount wey..

Jumpa lagi next time…

Betulker boleh jimat minyak bila pakai gadget2 tu?

Yall mesti tahu hari ini hari apa kan.. Kan kan… Kalau yall lupa, hari ini hari Rabu dan sikit lagi akan keluar pengumuman harga minyak untuk minggu ini.. Tahu pun…

Sejak harga minyak naik ni, AR tengok ramai betul peniaga kat facebook ngan instagram dok jual benda gadget2 yang mengikut mereka boleh menjimatkan penggunaan minyak kereta kita.. Mengikut kata depa yang menjual ni, bukan sahaja boleh jimat minyak, kereta pun boleh jadi lagi power gitu..

So, AR dok google tadi cari info.. Betulker kita boleh jimat minyak dengan hanya letak gadget yang depa jual tu..

Last-last AR jumpa video dari Fifth Gear ni yang cerita pasal benda ni.. Fifth Gear ni kan rancangan UK sana pasal kereta.. Jadi rasanya depa ni ada credibility nak sembang pasal benda cenggini..

Cuba yall tengok video ni…

Yall suka kumpul loyalty points tak?

Hello yall.. apa kabar semua.. AR harap yall semua sihat-sihat dan berada didalam keadaan yang baik-baik..

Hari ini AR nak cerita pasal kumpul loyalty points.. Yall mesti tahu kan, ada kedai macam Tesco, Aeon, Petronas etc yang akan bagi points kat yall kalau beli dari derang tu.. Points tu pulak yall boleh simpan dan tebus untuk dapatkan barangan percuma macam topi ker, baju ker, ice cream ker dan sebagainya.

Cuba yall tengok kad loyalty points yang ada dalam kereta opis kitaorang.. Kalau isi minyak mana-mana pun, akan dapat point gitu.. Tu pun boss dah kasi ikat dengan carabiner satu supaya tak berterabur dalam kereta..

Baru-baru ini opis kitaorang dah signup dengan AXXESS dan yall boleh dapat point bila beli tayar melalui https://mytayar.com..

Yall pun boleh gunakan kad AXXESS ni dan dapatkan points ni bila yall pergi shopping kat Giant dan Guardian… Dengarnya depa ni akan dapatkan lagi banyak kedai untuk join depa ni so yall boleh dapat points bila beli barang2 kat banyak kedai…

Menurut depa ni, yall boleh tukar points tu untuk dapatkan hospitalization insurance coverage dan kurangkan premium insuran kereta yall…

Kalau yall jenis suka pergi pergi Giant untuk beli barang, AR cadangkan yall pergi dapatkan kad AXXESS ni disana atau beli online kat https://app.axxess.com.my/index.php/register.html

Selamat bershopping yall semua…

 

Yall ada terbaca artikel yang ini tak?

Hi yall… Apa khabar semua.. AR harap yall semua sihat sentiasa dan dah recover dari demam beraya dan open house.. Nampaknya ada yang seluar raya itu hari dah tak muat dah tu… hehehehe..

Sebenarnya AR kurang idea sikit seminggu dua ni nak tulis pasal kereta… Tapi dah jadi job pulak kan.. So kenalah tulis sikit otherwise boss bising plak..

AR dah jumpa satu blog nama http://driving-school.com.my yang sangat menarik. Ianya dah bermula sejak 2009 dan banyak bercakap mengenai lesen memandu dan hal-hal berkaitan…

AR pun suka blog tu sebab itu hari depa ada tulis pasal https://mytayar.com gitu.. Kalau yall nak baca, cer terjah kat sini…

Senarai Harga Tayar Kereta 2018 Untuk Semua Model Kereta

 

Berapa angin nak isi dalam tayar ni?

Itu hari AR tengok ada makcik kat Petronas tengah nak pam angin tayar keretanya.. Makcik tu macam blur jer tengok meter kat pam tu.. Lepas makcik tu berlalu, AR pun bawak kereta nak pam angin gak.. Punyalah terkejut sebab meter kat pam angin tu menunjukkan 300 kPa.. Agaknya makcik tu dah pam 300 kPa kat Kancil dia la kot… Mesti terasa semua batu atas jalan masa drive tu..

So, hari ini, AR nak habak kat y’all berapa angin nak isi dalam tayar kereta sendiri. Pada setiap kereta, ada sticker kat frame pintu driver yang menunjukkan pressure angin yang sepatutnya. Cuba y’all tengok dua gambar ni.

 

Lain kereta, lain pressure yang diperlukan. Jadi y’all boleh isi angin mengikut yang tertera kat sticker ni… Contohnya, untuk kereta putih ni 200 kPa dan untuk kereta merah 220 kPA. Senang kan…

Tapi y’all kena tahu, pressure ini masa tayar sejuk iaitu baru berjalan kurang dari 5km.. Kalau lebih 5km, tayar dah panas dan pressure akan naik. Selalu AR tambah lagi 15kPa kalau pam masa tayar dah panas…

Tapi apa pentingnya pressure tayar yang betul ni? Satu, tayar kita akan makan sekata. Dua, penggunaan petrol akan berkurangan. Tiga, tayar akan mencengkam. Empat, pemanduan menjadi lebih selesa.

Selamat memandu semua…