Mytayar.com Usaha Anak Malaysia

Hari ini, 16 September 2020, adalah Hari Malaysia yang ke 57. Kami mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada yall semua.

Sebelum kita bermula, mari kita belajar apa maksudnya Hari Malaysia ini. Kenapa ianya berbeza hari dan tahunnya dari Hari Kemerdekaan.

Hari Malaysia adalah hari peringatan mengenai penubuhan negara Malaysia pada 16 September 1963. Pada hari tersebut, telah diisytiharkan pergabungan Malaya (Negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu), Sabah, Serawak dan Singapura untuk membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia.

Walaupun pada mulanya ianya pemimpin-pemimpin ingin mengisytiharkannya pada 31 Ogos 1963 iaitu pada hari menyambut Hari Kemerdekaan yang 6, namun beberapa halangan dari negara luar seperti Indonesia dan Filipina serta halangan dari Kelantan telah melambatkan pengisytiharan itu selama 16 hari. Walau bagaimanapun, Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah pun ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Akhirnya, pengisytiharaan telah dibuat pada 16 September 1963. Namun, hari ulangtahun ini tidak mendapat perhatian sehingga tahun 2010 bila ianya diisytiharkan sebagai hari bersejarah dan yang paling penting, sebagai hari cuti umum.

Seperti yang yall semua tahu, tahun 2020 ini sangat mencabar untuk seluruh dunia. Wabak Covid 19 masih melanda dan masih ada negara yang masih belum berjaya mengawal tahap infeksi dikalangan rakyatnya. Malaysia sangat bertuah kerana dengan usaha dari pihak kerajaan dan rakyat yang berdisiplin, wabak Covid 19 ini dapat dikawal dengan agak berjaya.

Dengan kawalan pergerakan yang pelbagai tahap dan penutupan sempadan negara, ianya menimbulkan satu semangat di kalangan rakyat negara ini. #kitajagakita dilaungkan dimerata tempat. “Support Local Buy Local” menjadi tema dimasa kini. Bunyi laungan dan tema ini sangat indah pada hari ini, Hari Malaysia.

Kami juga berbangga bahawa didalam dunia e-commerce, mytayar.com adalah satu hasil dari anak Malaysia membantu peniaga tayar anak Malaysia untuk yall anak-anak Malaysia.

Dari hari pertama website mytayar.com dilancarkan, kami sudah mendukung idea “Support Local Buy Local” ini. Lihat sahaja website kami dan yall perlu meletakkan lokasi yall supaya website menunjukkan harga dari workshop-workshop yang berhampiran sahaja.

Nak cari tayar murah, tayar mahal, tayar bagus ker apa, datang sahaja ke https://mytayar.com ni ok. Nak cap apa semua ada. Tayar Michelin, Goodyear, Bridgestone, Dunlop, Hankook, Yokohama, Continental, Viking ngan tayar China pun ada ok. Mai ramai tengok-tengok harga dulu. Kalau ok, boleh beli. Kalu tak ok, tekan X close window tu.

Akhir kata, AR mengucapkan “Selamat Hari Malaysia” kepada yall semua. Semoga hari yall semakin ceria.

#kitajagakita #Supportlocalbuylocal

Cara Beli Petrol di Petronas Guna SETEL apps

Hari ini AR nak tulis pasal cara membeli petrol di Petronas dengan guna SETEL apps ni. Tapi sebelum AR start, nak kena beritahu dulu yang blog post ini tidak dibayar oleh sesiapa pun dan ianya ditulis menggunakan pengalaman sendiri untuk kemudahan yall diluar sana.

Gambarajah 1

Sebenarnya AR pun baru guna apps Setel ni lepas tengok iklan bersepah ditepi highway. Jadi dalam hati kata, mungkin ianya lebih memudahkan untuk urusan kita seharian. Jadi jom kita mula ok dan disini AR letakkan screenshots telepon untuk jadi panduan yall semua.

Pertama sekali, yall kena tahu yang Setel ni macam e wallet macam Boost, TNG E Wallet, Grab Pay dan lain-lain jugak. Tetapi nampaknya penggunaan Setel ini masih terhad kepada stesen petrol Petronas sahaja.. Sighhhhh…

Mula-mula yall kena download apps Setel ni dari play store atau apps store. Lepas dah install, kena complete kan personal details cam NRIC number, telefon number, nama dan email. Lepas tu, kalau dah ada Mesra card yang register dengan NRIC yang sama, boleh link kan kad Mesra tu dalam Setel. Jadi points akan masuk terus dalam akaun Mesra kalau guna Setel. Kalau tak ada kad Mesra lagi pun tiada masalah sebab boleh register akaun Mesra baru dalam apps.

Gambarajah 2

Bila dah install tu, yall kena topup akaun Setel ni. Dia bukan bagi kita hutang untuk isi petrol ok. Untuk topup Setel ni, boleh guna credit card atau pun guna internet banking. Yall boleh topup berapa yall nak guna sekarang dan dimasa hadapan. Ada beberapa jumlah yang dia letak terus situ supaya senang tapi kalau nak jumlah lain, tekan Other dan letak jumlah tu sendiri. Sila abaikan baki RM0 dalam akaun Setel AR tu ok.

Lepas bank yall approvekan online payment tu, nanti jumlah baki di Setel akan tambah sebanyak jumlah topup yall tu.

Kalau nak lagi mudah, yall boleh setup auto topup akaun Setel ni dengan link kan credit/debit card kat dalam apps ni. Jadi tak pening nak topup sendiri bila baki dah rendah. Tapi AR tak buat sebab takut phone hilang dan orang boleh isi petrol guna apps Setel kita. Jadi terpulang pada yall mana yang lebih mudah atau selamat.

Gambarajah 3

Lepas tu, bila nak isi minyak, yall terus jer pergi ke stesen Petronas. Ingat tahu, Petronas sahaja… Shell, Petron, Caltex semua tak boleh ok..

Apps ini memerlukan gps coordinate telefon jadi location detection mesti on di phone yall tu… Bila dah sampai pam tu, yall kena tengok number kat pump tu.. Kat atas pam tu ada tulis ok… Macam kat Gambarajah 3, apps tahu AR di Petronas NKVE dan AR pilih pam no 13.

Lepas tu, yall boleh pilih berapa ringgit nak isi. Nak isi pakai kiraan liter pun boleh. Nak isi full tank pun boleh. Tekan jer butang yang berkenaan.

Lepas tu, lepas confirmkan jenis minyak yang diperlukan, tekan butang “Pay RMXX” tu ok macam Gambarajah 4. Oooo… Mesti ada data tahu kalau nak guna apps Setel ni.

Gambarajah 4
Gambarajah 5

Nanti dalam Setel akan ada message kata “Start Refueling Now” seperti di . Ini maksudnya yall boleh keluar kereta dan isi minyak macam biasa.

Kena ingat jangan bawa phone keluar ketika mengisi minyak atas faktor keselamatan. Letak je phone dalam kereta semasa mengisi minyak.

Gambarajah 6

Bila dah habis isi petrol, yall boleh masuk kereta macam biasa. Setel akan update kata “Fuelling Completed” macam gambarajah 6 dan 7 ini.

Gambarajah 7

Yall boleh lah meneruskan perjalanan yall ok.

Senang tak?

Setelah menggunakan Setel ini beberapa kali, disini AR terangkan apa kebaikan dan kekurangan Setel ni.

KebaikanKekurangan
Mudah nak isi minyak
Tak perlu beratur di kaunter nak bayar dan tunggu pakcik depan tu cari duit dalam wallet
Touchless payment jadi selamat especially time covid19
Ada resit dan data di apps kalau nak guna untuk claim company dan lain-lain
Hanya boleh guna di stesen minyak Petronas sahaja. Nak guna untuk beli KFC pun tak boleh.

Sekarang kita dah tahu cara nak isi petrol guna Setel ni. Kalau yall nak cari tayar murah, tayar bagus, tayar mahal, tayar budget.. Yall pergi jer ke https://mytayar.com untuk cari. Apa cap yang yall nak semua ada. Ada Michelin, Continental, Goodyear, Bridgestone, Hankook, Viking, Yokohama semua ada.. Harga cun-cun kita letak kat website untuk yall cari ok… Nak mai website pukul 2pagi pun boleh..

Ada rahsia rupanya tayar kereta ni.

Hello yall.. Hari ini AR nak kongsi satu video youtube brader ni yang membongkar rahsia tayar kereta. Fuh, terkejut bila dengar ada rahsia-rahsia ni..

Cuba yall tengok video ni.. Pastu, jangan lupa untuk subscribe dan like channel brader ni ok.. Support la sikit.

Beli tayar kat mytayar.com pun boleh dapat AirAsia Big points la…

Hello semua.. boss itu hari habag kat AR, dia kata kalo orang ada AirAsia punya Big points, depa boleh dapat point gak kalu beli tayar kat mytayar.com… AR tanya dia, mana dia tahu.. Dia cakap kawan dia Ms Chong info dia.. Dah agak dah.. boss tu bukan rajin sangat pi mana2.. Abis-abis dia ada kad Axxess yang Ms Chong bagi kat dia yang dia dok tayang dalam opis ni..

Ni camni.. mula-mula yall kena pi cari kad AirAsia Big ni.. Lepas tu, yall boleh dapat points bila beli tiket Air Asia pi balik kampung ka apa… Bila dah banyak points.. boleh convert points tu untuk tiket kapalterbang free ka apa..

Kalu nak beli tayar, yall boleh ikut link ini tengok camna nak dapatkan points bila beli tayar di mytayar.com… Kalu belanja RM1, yall dapat 1 point.. Kalu yall ganti tayar myvi tu, kan dah dapat 600 points… Sapa nak bagi weyyyy kalau bukan AirAsia…

https://www.airasiabig.com/my/en/lifestyle/partner/my-tayar

Ok jangan lupa taw.. Ni AR belanja gambar Uqasha Senrose masa dia jadi flight attendant di Air Asia.. AR tahu yall kalu ada gambar retis, mesti yall baca blog ni kan…

p/s : Kalu AirAsia pun boleh percaya kat mytayar.com, takkan yall semua takut kena klentong sama kita plak kan…

Yall suka kumpul loyalty points tak?

Hello yall.. apa kabar semua.. AR harap yall semua sihat-sihat dan berada didalam keadaan yang baik-baik..

Hari ini AR nak cerita pasal kumpul loyalty points.. Yall mesti tahu kan, ada kedai macam Tesco, Aeon, Petronas etc yang akan bagi points kat yall kalau beli dari derang tu.. Points tu pulak yall boleh simpan dan tebus untuk dapatkan barangan percuma macam topi ker, baju ker, ice cream ker dan sebagainya.

Cuba yall tengok kad loyalty points yang ada dalam kereta opis kitaorang.. Kalau isi minyak mana-mana pun, akan dapat point gitu.. Tu pun boss dah kasi ikat dengan carabiner satu supaya tak berterabur dalam kereta..

Baru-baru ini opis kitaorang dah signup dengan AXXESS dan yall boleh dapat point bila beli tayar melalui https://mytayar.com..

Yall pun boleh gunakan kad AXXESS ni dan dapatkan points ni bila yall pergi shopping kat Giant dan Guardian… Dengarnya depa ni akan dapatkan lagi banyak kedai untuk join depa ni so yall boleh dapat points bila beli barang2 kat banyak kedai…

Menurut depa ni, yall boleh tukar points tu untuk dapatkan hospitalization insurance coverage dan kurangkan premium insuran kereta yall…

Kalau yall jenis suka pergi pergi Giant untuk beli barang, AR cadangkan yall pergi dapatkan kad AXXESS ni disana atau beli online kat https://app.axxess.com.my/index.php/register.html

Selamat bershopping yall semua…

 

Yall ada terbaca artikel yang ini tak?

Hi yall… Apa khabar semua.. AR harap yall semua sihat sentiasa dan dah recover dari demam beraya dan open house.. Nampaknya ada yang seluar raya itu hari dah tak muat dah tu… hehehehe..

Sebenarnya AR kurang idea sikit seminggu dua ni nak tulis pasal kereta… Tapi dah jadi job pulak kan.. So kenalah tulis sikit otherwise boss bising plak..

AR dah jumpa satu blog nama http://driving-school.com.my yang sangat menarik. Ianya dah bermula sejak 2009 dan banyak bercakap mengenai lesen memandu dan hal-hal berkaitan…

AR pun suka blog tu sebab itu hari depa ada tulis pasal https://mytayar.com gitu.. Kalau yall nak baca, cer terjah kat sini…

Senarai Harga Tayar Kereta 2018 Untuk Semua Model Kereta