Mytayar.com Usaha Anak Malaysia

Hari ini, 16 September 2020, adalah Hari Malaysia yang ke 57. Kami mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada yall semua.

Sebelum kita bermula, mari kita belajar apa maksudnya Hari Malaysia ini. Kenapa ianya berbeza hari dan tahunnya dari Hari Kemerdekaan.

Hari Malaysia adalah hari peringatan mengenai penubuhan negara Malaysia pada 16 September 1963. Pada hari tersebut, telah diisytiharkan pergabungan Malaya (Negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu), Sabah, Serawak dan Singapura untuk membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia.

Walaupun pada mulanya ianya pemimpin-pemimpin ingin mengisytiharkannya pada 31 Ogos 1963 iaitu pada hari menyambut Hari Kemerdekaan yang 6, namun beberapa halangan dari negara luar seperti Indonesia dan Filipina serta halangan dari Kelantan telah melambatkan pengisytiharan itu selama 16 hari. Walau bagaimanapun, Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah pun ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Akhirnya, pengisytiharaan telah dibuat pada 16 September 1963. Namun, hari ulangtahun ini tidak mendapat perhatian sehingga tahun 2010 bila ianya diisytiharkan sebagai hari bersejarah dan yang paling penting, sebagai hari cuti umum.

Seperti yang yall semua tahu, tahun 2020 ini sangat mencabar untuk seluruh dunia. Wabak Covid 19 masih melanda dan masih ada negara yang masih belum berjaya mengawal tahap infeksi dikalangan rakyatnya. Malaysia sangat bertuah kerana dengan usaha dari pihak kerajaan dan rakyat yang berdisiplin, wabak Covid 19 ini dapat dikawal dengan agak berjaya.

Dengan kawalan pergerakan yang pelbagai tahap dan penutupan sempadan negara, ianya menimbulkan satu semangat di kalangan rakyat negara ini. #kitajagakita dilaungkan dimerata tempat. “Support Local Buy Local” menjadi tema dimasa kini. Bunyi laungan dan tema ini sangat indah pada hari ini, Hari Malaysia.

Kami juga berbangga bahawa didalam dunia e-commerce, mytayar.com adalah satu hasil dari anak Malaysia membantu peniaga tayar anak Malaysia untuk yall anak-anak Malaysia.

Dari hari pertama website mytayar.com dilancarkan, kami sudah mendukung idea “Support Local Buy Local” ini. Lihat sahaja website kami dan yall perlu meletakkan lokasi yall supaya website menunjukkan harga dari workshop-workshop yang berhampiran sahaja.

Nak cari tayar murah, tayar mahal, tayar bagus ker apa, datang sahaja ke https://mytayar.com ni ok. Nak cap apa semua ada. Tayar Michelin, Goodyear, Bridgestone, Dunlop, Hankook, Yokohama, Continental, Viking ngan tayar China pun ada ok. Mai ramai tengok-tengok harga dulu. Kalau ok, boleh beli. Kalu tak ok, tekan X close window tu.

Akhir kata, AR mengucapkan “Selamat Hari Malaysia” kepada yall semua. Semoga hari yall semakin ceria.

#kitajagakita #Supportlocalbuylocal